Halaman

Sunday, August 7, 2011

Sape Borneo


Sape' Borneo 01

This mp3 found @ weblagu.com






blog

Remaja mohon dibebaskan.

Memang pada awal permohonan untuk kita bebas akan kita sertai dengan syarat dan peraturan agar permohonan untuk kita menikmati  kebebasan itu diluluskan. Mengungkap sejarah bagaimana Tanah Melayu dahulunya memohon pada kerajaan British untuk Tanah Melayu sebagai negara yang merdeka dan berdaulat di bawah pemerintahan kerajaan  beraja disertai dengan pemerintahan demokrasi berparlimen. Amnya negara kita Malaysia banyak mengambil modul-modul perundangan dan bahasa dari kerajaan British untuk mentadbir dalam pengurusan negara. Ini skop yang besar.


Kita perkecilkan kepada skop yang lebih kecil. Mungkin apabila tiba masanya kita fikir kita mampu untuk berdikari, pasti kita akan mendapatkan kebenaran dari ayah dan ibu untuk kita keluar dari rumah yang membesarkan kita selama ini untuk kita menguruskan diri kita sendiri dengan cara kita sendiri. Alasannya mudah, mencari diri sendiri (Aku adalah aku, kononnya). Kebiasaan bagi ayah, tiada halangan bagi anak lelaki bujangnya untuk keluar merantau dan mencari diri kecuali pada anak gadis melainkan dalam urusan tuntutan agama dan pembelajaran.  Bagi ibu, sememangnya amat berat untuk melepaskan mereka keluar walau apa jua alasan!

Menikmati kebebasan seolah amat perlu dalam pemikiran seorang remaja yang menginjak dewasa. Mereka fikir mereka mampu melakukannya tanpa bantuan orang lain untuk menguruskan hala tuju kehidupan mereka. Itu yang mereka fikir. Berfikir dan menempuhnya alam kebebasan itu adalah dua perkara yang berlainan. Dalam fikiran ada perancangan yang telah diaturkan. Seboleh-bolehnya mereka akan menuruti dan melaksanakan apa yang sudah dirancang. Situasi kebebasan amat besar pengaruhnya dari situasi sekeliling.

Asuhan ayah dan ibu banyak membantu dalam mencari diri sendiri kerana kita sendiri akan mengaplikasikan tutur nasihat dan tunjuk ajar mereka untuk kita mengatasi segala rintangan walaupun kita sebolehnya mahu mengelak. Malah dalam tingkah laku kita semestinya tutur nasihat merekalah yang akan terkenang bila kita sepeti mahu melakukan perkara yang kurang elok. Ada segelintirnya lebih selesa berbicara permasalahan mereka di kalangan kawan-kawan kerana mereka seolah memahami situasi kita sedangkan mereka juga sedang merangkak mencari haluan.

Untuk mencari diri sendiri dengan beralaskan kebebasan sepatutnya direnungkan semula punca kebebasan itu sendiri. Mengapa kita perlu bebas, bebas yang tanpa sekatan? Adakah tinggal serumah dengan ibu bapa akan terhalangnya proses mencari diri kita sendiri. Kita boleh minta ruang untuk kita sendiri menguruskan keperluan yang kita fikir kita mampu lakukan dalam rumah ibu bapa kita. Pasti mereka lebih sukacitanya jika kita sendiri membasuh pakaian kita sendiri, menyidai seterusnya melipat dan menyusun atur sendiri dalam gobok pakaian kita dengan cara kita sendiri. Bukan setelah kering di jemuran, ibu yang mengutip pakaian di jemuran dan kita pula hanya melonggokkan  pakaian kita di sudut bilik. Itu tidak betul.

Kita juga boleh memasak apa jua masakan dengan acuan kita sendiri dan ini bukan untuk menafikan air tangan ibu tetapi kita juga boleh katakan kita mahu lakukan sendiri dari mula hingga akhir. Namun pastikan kita lakukan dengan cara yang betul walau masakan kita tidak betul di mata ibu. Jangan dibiarkan pula dapur berselerak dengan sisa-sisa rempah atau bahan yang kita gunakan. Basuh segala peralatan yang telah digunakan dan kemaslah dapur itu lebih hebat dari ibu kita bersihkan. Ini baru betul.

Kebiasaan yang menjadi sekatan adalah kebebasan untuk kita keluar bersama teman dan waktu untuk kita pulang ke habitat. Bak kata mereka, segalanya tiada orang hendak melarang. Makan pakai kita, dengan siapa kita berkawan. Benarkah? Adakah diri kita sendiri tidak pernah melarang? Mungkin pernah tetapi samada kita tidak sedari atau kita sendiri yang tidak mahu mengikut kata kita sendiri. Jadi manakah disiplin yang ada dalam diri kita untuk mencari kebebasan mengikut aliran kita sendiri. Jangan tepuk dada kita untuk menanya selera kita. Mana tahu selera kita buruk?

Toleh sebentar berapa ramai orang yang telah kita kenali dan kini mereka hanyut tanpa sangkut dalam kehidupan kita? Ada yang tidak dapat dihubungi tetapi masih ada beberapa perkara yang terkesan dalam hidup kita sama ada yang baik mahu pun yang buruk atau ada juga antara mereka itu yang telah merangsang atau melekakan kita. Apa yang telah dapat kita pelajari daripada kebebasan kita itu? Pada masa ini, mungkin masih meraba mencari jawapan itu. Tunggulah waktu kita digelar pakcik atau makcik. Bukan penyesalan tapi itulah pengajaran yang kita kutip atas nama kebebasan. Sesuatu yang amat berharga dan kita semahunya masih mahu hidup dengan pengalaman dan kenangan itu. Yang buruk pastinya akan tersemat di hati untuk kita buat sempadan.


Kita jarang akan mencari keburukkan kebebasan itu. Segalanya indah dan bagus dalam kebebasan. Sehingga berpujangga mahu bebas seperti burung, terbang meluncur bahagia di awan biru. Adakala burung akan patah juga sayapnya. Walau helang bersarang di puncak gunung, di dahan pokok juga dia bertenggek. Bagaimanapunlah kita bebas, pada agama juga kita mesti berpaut. Hilang tempat berpaut, mana lagi kita hendak bersangkut? Tika itu barulah mengalir airmata taubat. Kalau tertitis membasahi walau selembar bulu mata. Dialah sahaja saksi taubat kita!






Friday, July 29, 2011

Terimalah seadanya..

Apa yang boleh diluahkan lagi, hampa, bengang, kecewa dan marah? Bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia atau peminat bolasepak tempatan khasnya yang mengharapkan Harimau Malaya melakukan keajaiban malah keseluruhan pemain, jurulatih dan para pegawai pastinya merasakan yang sama.


Tidak boleh tidak, aku tak dapat megenepikan untuk membandingkan permainan bolasepak tempatan dengan aksi bolasepak sepak Eropah. Mereka juga manusia namun apa yang menjadikan jurang corak permainan bolasepak kita?

Dalam perlawanan timbal-balik antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru berlangsung sebentar tadi  dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya melayakkan Singapura mara dengan agregat 6-4, ke peringkat kumpulan untuk saingan Piala Dunia 2014, sedikit sebanyak memberikan sedikit perbezaannya pada pandangan aku.

Strategi atau permainan taktikal adalah sesuatu yang dirancang di atas kertas yang mana kemungkinan ianya boleh berjaya jika pemain dapat mengaplikasikan pergerakkanya. Perancangan yang berjaya mestilah disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Apa yang menghalang adalah kemahiran penguasaan bola para pemain Harimau Malaya adalah amat teruk. Terlalu banyak hantaran tidak tepat yang dilakukan. Mungkin ada beberapa faktor yang meyebabkan penghantaran bola menjadi seperti terburu-buru untuk melaksanakan serangan taktikal.

Para pemain seolah takut untuk ‘memegang bola’  terlalu lama kerana kurang yakin dengan kebolehan yang ada dalam diri dalam mengawal dan melepasi pertahanan lawan. Sikap terburu-buru yang didesak dengan perasaan panik memyebabkan banyak bola tidak dapat dikawal dengan kemas. Skuad Harimau Malaya seolah tidak mahu bertenang sepertimana sifat memburu haiwan yang berbelang ini.

Ramai orang Melayu banyak berpendapat bahawa seekor harimau boleh menyembunyikan dirinya disebalik seurat lalang. Lihat sahaja pergerakan harimau dalam pemburuannya mencari mangsa. Tenang, sabar dan yakin bahawa setiap terkaman di tengkuk mangsa pasti membawa maut sekaligus menjadi habuan mudah. Tetapi tidak pada skuad harimau kita.

Berapa banyak yang boleh kita kira tendangan sudut dan tendangan percuma yang diambil oleh pemain kita dalam perlawanan sebentar tadi? Cubaan untuk menjaringkan gol adalah lebih besar dengan tendangan sudut atau tendangan percuma.  Kita boleh perhatikan bagaimana pemain Eropah menggunakan kelincahan kaki mengawal bola dan larian bolanya  tetapi pandai untuk memperdayakan pemain lawan untuk memperolehi  tendangan percuma dan lebih bertuah jika sepakan penalti diberikan pengadil.

Larian-larian dan menggelecek bola ke hujung kiri atau kanan padang atau membuat hantaran silang di hadapan gol pada rakan pasukan adakalanya adalah helah untuk memperolehi tendangan sudut. Peluangnya menciptanya adalah lima puluh – lima puluh. Seandainya jaringan tidak tercipta maka tendangan sudut atau kesalahan yang boleh membawa pada sepakan percuma atau penalti boleh terhasil.

Adakah skuad Harimau Malaya terlalu jujur atau lurus bendul di dalam permainan bolasepak? Bermain mengikut buku. Dari tendangan penjaga gol kepada bahagian tengah, merancang menyerang dari kiri, kanan atau tengah dan semestinya disudahi oleh penyerang untuk menghasilkan jaringan gol. Tidakkah pemain perlu menjadi kreatif atau kreatif itu pada para pemain bolasepak kita hanya di khaskan dalam dunia seni atau hanya untuk para pereka senilukis  atau grafik semata?

Apapun ini adalah rentetan perlawanan yang entah kali ke berapa untuk kita menyedari bahawa walaupun kita pernah menjadi gergasi dalam dunia bolasepak Asia Tenggara khasnya pada era tahun 70an dan 80an, tidak bolehkah kita meminta untuk belajar atau menimba ilmu dari pengurusan  bolasepak Korea Selatan atau Jepun dalam membangunkan kualiti pemain dan teknologi permainan walaupun dahulunya pasukan-pasukan ini adalah antara pasukan belasahan. Tak hilang bisa ular kalau menyusur akar.


Sebenarnya tidak akan habis kalau berbicara mengenai mutu permainan dan cara untuk membaiki taraf pemain tempatan di kalangan kita lebih-lebih lagi di kalangan penyokong setia tempatan. Pastinya orang-orang yang berkelayakan dan berkemampuan telah puas menggunakan cara, ikhtiar dan kuasa yang dimandatkan untuk merangka, menjana dan membangunkan mutu permainan bolasepak tempatan. Kita hanya belum melihat hasil yang amat memberangsangkan yang mana sekarang kita berada di garisan permulaan. Seperti roda yang berpusing, kini kita berada di bawah.


Terimalah seadanya…


Inilah Raja Rimba..







blog

Friday, July 22, 2011

Dendam!





Mujur aku tidak memilikinya.
Tidak tahulah berapa ramai akan ditembusi kepala mereka dengan peluru.
Memang seperti terasa ingin sahaja aku menembak mereka!
Marah benar aku dengan pemandu yang mementingkan diri sendiri.
Adakah kalian juga berimaginasi yang sama?








blog

Wednesday, July 20, 2011

Ia datang lagi.

Aku bukanlah jahat sangat. Sikit.. seperti kotoran di bawah kuku. Yang jahat-jahat sudah tinggal di sebalik tembok. Mereka sudah pun disabit kerana kekejaman dan kezaliman mereka. Yang mana kena 14 hari, inilah masa untuk berfikir kembali haluan kehidupan. Aku cuma lalai sahaja. Aku minta maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan pada kalian.


Selamat berpuasa untuk semua kaum keluarga, saudara-mara, sahabat handai rakan taulan dan semua umat Islam!






blog

Monday, July 18, 2011

Punah lelaki.

Hari itu aku menerima satu SMS, jam lebih kurang 1100 pagi,

“Adk, tlg cri saper2 yg nak. Tp x nk men blkg.
Trdesak, x tau leh jd gini”.

Tiada tertera nama pengirim, hanya nombor telefon bimbit.  Aku membiarkan sahaja pada mulanya. Namun aku memeriksa semula isi SMS yang dikirim. Aku tertarik pula dengan maksud ‘tak nak main belakang’, lain macam sahaja fikir aku. Seronok juga kalau melayan.

Aku menekan butang untuk menelefon nombor pengirim. Tiada jawapan. Biarlah.. Selang beberapa minit aku menerima  SMS dari nombor yang sama, bertanya siapa aku. Aku pula membalas dan bertanya siapa dia. Bukan individu yang dikenali. Berlakulah balas-membalas SMS. Pada siri pengenalan diri, dia seorang wanita bernama Aida.

Pati ceritanya,

Dia meminta aku menolongnya untuk memberi pinjam wang sejumlah RM330.00 sebelum jam 1500 hari itu juga untuk dia menjelaskan wang sewa rumahnya yang diberitahu kepada aku bahawa wang yang sepatutnya dibayar kepada tuan rumah telah dilarikan oleh teman serumah dan sebagai balasan, aku bisa menidurinya malam nanti. Hebat!

Jadinya,

Aku melengahkan masa kerana bila panggilan dibuat, tiada jawapan darinya. Alasannya melalui SMS, dia bekerja sebagai model, kini sedang berada di lokasi penggambaran dan bercakap menggunakan telefon bimbit adalah dilarang.

Untuk mengesahkan perkara tersebut aku disuruh untuk menelefon tuan rumah untuk memberitahu bahawa aku sudi menolongnya membayar duit sewa rumahnya. Aku menelefon tuan rumah dan bertanya kedudukan sebenar. Ceritanya sama dari kedua-dua pihak. Setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari tuan rumah, aku pula berpura-pura bahawa kawan aku yang boleh membantu. Tuan rumah pun menghantar nombor akaun banknya melalui SMS kepada aku setelah disarankan oleh aku. Amat segera hantaran nombor akaunnya pada aku. Aku juga meminta Aida menghantar nombor akaun bank tuan rumah untuk aku membuat perbandingan jika mereka lalai dan melakukan kesilapan. Nombor akaun bank yang aku terima sama. Namun amat pantas penghantarannya.

Dalam senggang waktu, aku membiarkan seketika. Menanti apa yang bakal berlaku. 20 minit berlalu. Aida menghantar SMS bertanya tentang pertolongan yang bakal aku berikan. Dia menyakinkan aku mengenai balasannya. Dia juga menawarkan sebuah komputer riba sebagai sandaran pinjaman.

Aku jadi seronok, seronok melayani perkara begini.

Bila waktu telah menghampiri jam 1500 Aida bertanya lagi tentang tawarannya dan berharap aku sudi membantunya.  Akhirnya aku membalas kerana kesuntukkan waktu aku tidak dapat untuk membantunya ketika ini.  Aida menghantar SMS meraih simpati. Aku hanya membiarkannya dan senyum seorang diri memikirkan hal dunia. Macam-macam!  Tiada lagi SMS yang menyusul.

Lelaki mana yang tidak tertarik dengan tawaran begini. Benarkah? Aku bukan tidak tertarik cuma aku andaikan ini hanyalah satu sindiket penipuan. Dalam proses yang berlaku banyak keraguan yang muncul. Andai walau benar sekalipun Aida ini memerlukan pertolongan sebegitu. Dia tidak semestinya menggadaikan tubuhnya untuk dinikmati lelaki lain hanya dengan nilai RM330.00. Murah benar maruahnya sebagai seorang perempuan, mudah dijaja bila kesempitan atau dia biasa melakukannya atau dia benar-benar terhimpit.  Aku fikir, seorang pelacur yang tersepit pun tidak akan melakukan perkara begitu. Pelacur juga ada maruahnya. Pelacur juga membuat garisan antara mencari sesuap nasi dan maruah. Tak percaya? Pergilah maki seorang pelacur…

Mengapa Aida tidak sahaja terus menawarkan komputer riba sebagai sandaran. Bukankah lebih menarik  untuk mendapati sebuah komputer riba dengan hanya nilai itu. Amat murah sebagai sandaran seandainya dia gagal melunaskan pinjaman itu? Pastinya ada sesuatu yang tersembunyi bila penawaran yang lebih hebat sebagai ganjaran, lebih-lebih lagi pada orang yang tidak dikenalinya.

Mungkin modus operasinya begini;

Apabila seseorang lelaki yang telah terperangkap dengan penawaran ini, ada beberapa antara perkara boleh berlaku pada yang ingin menolong;

Pertama, anda tidak akan mendapat kembali wang anda.  Nombor telefon yang anda ada untuk menghubunginya akan pasti gagal dihubungi. Tamat. Anda geram dan sakit hati. Akhirnya anda menyejukkan hati dan menerimanya sebagai balasan takdir dariNya yang mana mungkin anda juga pernah melakukan kesilapan atau menipu pada orang lain. Anda akan menganggap ianya seperti sedekah sahajalah wang itu untuk anda menenangkan hati yang sakit sedangkan dia di sana tertawa bergembira melakukan penipuan pada anda sambil mengeluarkan wang dari ATM.

Kedua, setelah wang diterima olehnya, anda akan dihubungi untuk berjumpa dengannya di satu lokasi yang dia tetapkan untuk melunaskan ganjaran yang telah ditawarkan. Dia tidak akan menerima sebarang penawaran lokasi dan waktu dari anda dengan seribu alasan bodoh yang anda tidak pernah dengar. Akhirnya anda pasti akan menerima cadangannya agar habuan anda tidak terlepas! Pastinya..  anda akan hadir menemuinya seorang diri.

Berlanjutan pada  pertemuan itu, beberapa situasi mungkin  akan berlaku. Anda dapat bersamanya berdua-duaan di dalam bilik dan andaikanlah bahawa anda dapat menidurinya dan kemudian bisa melangkah pulang dengan selamat. Anda beruntung! Pasti ianya akan berlanjutan dan anda akan menjadi tempat dia bergantung dan meletakkan harapan. Anda pula dalam kesedapan. Setelah beberapa minggu kemudianya, dikhabarkan pada anda bahawa dia sedang mengandungkan anak anda. Tahniah!


Tetapi bagaimana keesokkan harinya dia menelefon anda dan mengugut dengan apa yang telah berlaku semalam telah dirakam oleh pihaknya tanpa pengetahuan anda untuk meraih wang yang banyak daripada anda. Mengugut  untuk menyebarkan rakaman video itu melalui internet, menganggu keluarga anda atau membuat masalah di tempat kerja anda. Dalam masa yang sama juga, dia boleh menjual rakaman itu pada penganjur laman-laman web lucah dan menerima habuannya.

Atau,
Ketika anda berdua-duaan di dalam bilik. Hanya sempat menelanjangkan diri. Tiba-tiba ketukan dari luar pintu bertalu-talu dengan kasar disusuli jeritan maki hamun. Anda panik? Pelbagai andaian yang menerpa. Pintu dibuka, muncul beberapa lelaki dan seorang daripadanya mengamuk bahawa anda telah menidurinya isterinya. Beranikah anda meminta pengesahan sijil nikahnya? Ketika inilah, anda akan diugut untuk menyelesaikannya dengan wang. Diiringlah anda menuju ke mesin ATM. Lebihlah malang bila mereka mengetahui baki simpanan wang anda yang banyak.

Atau,

Dua situasi di atas boleh berlaku dalam masa yang sama. Di mana anda dapat menidurinya, perlakuan itu semuanya dirakam. Setelah anda selesai bermukah, muncul beberapa lelaki dan mengugut wang dan keselamatan anda. Dan yang lebih ‘meyeronokkan’ anda diliwat oleh beberapa lelaki tadi. Mampukah anda meraung?


Jangan diingatkan bahawa wanita itu lemah sedangkan anda tidak mengetahui kehebatan mereka. Sesiapa sahaja yang bernama lelaki akan punah kerana nafsu pada wanita dan wang. Mereka mencari keuntungan mudah dengan melakukan jenayah sebegini. Tetapi anda, lelaki, boleh menghindarinya bila anda sentiasa beringat bahawa syaitan ada di sisi kita, akan sentiasa meniup keasyikkan dan melekakan anda pada realiti hanya dengan bisikan seorang wanita.


Aku tidak pasti perkara ini pernah terjadi atau telah dialami oleh seseorang. Hanya andaian aku apa yang boleh berlaku jika aku menurut apa yang berlaku. Sebab aku hairan, hanya untuk meminjam wang RM330.00 ada yang sanggup menawarkan sebegitu. Terlalu mudah dan mengasyikkan. Bagi aku, apa sahaja yang datang dengan mudah disertai ganjaran yang menarik tanpa risiko, itu PENIPUAN!






blog

Tuesday, July 5, 2011

Tolong! Awek aku Pontianak.


Filem Tolong! Awek aku Pontianak.. senang cakap beb, citer ni best giler.. Gua bukanlah pandai nak bercerita tapi kalau gua tak citer, rugi lak kalau korang rasa malas nak tengok kat wayangkan! Baik gua push  korang mesti tonton ini citer. Sempoi.. Len skit beb, gua kalau boley gelak dalam panggung… sendiri mau ingat la.. Gua memang payah nak gelak tengok komedi ni, setakat gelak menyindir gua pandai. Gelak memperlekehkan orang, gua terer..

Citer ni simple je. Macam citer-citer kosong kutu kat warung kopi jer.  Kalau korang sembang-sembang kat mamak, member wat lawak, pastu korang nasi tambah… Gelak terbahak-bahak.. berair-air anak mata.. Sampai rebah kat bahu member sebelah.. Konsep lawak filem ni macam tulah..  Best bro..!

Standard la, budak lelaki mesti nak kapel.. yang tak de awek nak cari awek. ( Janji gua ada awek, lu ada?) Awek lak demand. Tapi demi hati yang ingin bertaman, kehendak bunga nak kena follow. Kalau tak, kumbang lain cargas.. Tak pun bunga yang angkat kaki offer kat kumbang len! Macam tulah nasib Bob (Zahiril Adzim), awek dia Ina (Faezah Elai) minta clash sebab ada balak len, Eddy (Jehan Miskin). Umang aii.. pakai moto bosau tu Eddy, Harley kot.. Dak Bob pakai Vespa jer.. Ado Kancil pun, keta meragam jer. Kira pas tu, Bob pindah umah, kira nak mula kehidupan baru ler.  Bob ni ada kawan sorang, Pian (Sufian Mohamed). [Siap declared yang dia ni BFF Bob. Scene ni memang gelak beb!]. – Tak boley blah tengok muka Pian masa ni. Hahahaha…!

Lepas angkat barang pindah suma, kira Bob nak memperkenalkan diri pada jiran depan umah la. (Memang perlu dilakukan bila berjiran).  Sekali buka pintu.. awek cun! Maya ( Sazzy Falak). Pian mulanya yang tidak berapa sedap hati nak stay kat umah baru tu, tersenyum miang dah.. (macam gampang) hahaha...! Tapi adik Maya,  Liyana ( Liyana Jasmay) tidak berapa ngam dengan dorang.  Dingin! Macam poyo je la..

Bob ni kerja kat advertising agency la, graphic designer. Faizal (Rashidi Ishak) bos, [rambut Faizal yang leh wat gelak tu],ada lak side kick dia, Kamal (Yus Waisar). Faizal ni suka curi idea Bob bila nak wat presentation kat clients. [Masa Rashidi wat presentation depan Mr. Jamal (Datuk Jalaludin Hassan), Rashidi ajuk cara cakap Datuk Jalaludin. Terbeliak gak la mata Datuk Jalaludin bila rasa macam Rashidi menyindir dia. Rupanya pihak produksi sengaja nak rahsiakan hal ni dari Datuk Jalaludin, bila dah bagitau, okay la].


Pastu Bob ngan Maya kira kuar dating la. Sekali Maya kena ragut. Kira Bob yang lurus bendul ni kejar la mat rempit. Siap merayu minta pulangkan beg tangan Maya. Hehehehe..! Budak-budak rempit apalagi, belasah ler si Bob. Yang best tu, kamera tunjuk la yang seolah macam Maya lak nak jadi superhero. Maya cabut paku dari tengkuk.. cewah..!Bila Maya berpaling jer, Maya dah bertukar jadi pontianak. Dia pun terbang sambil menghilai-hilai panjang. (Tak leh nak wat effect lak). Tak cukup tanah budak-budak rempit lari naik motor. Siap langgar roadblock, terus je naik land rover polis. HAHAHAHA! Ni memang gua gelak besar beb!

Bob cedera parah kat muka. MC. Bos Bob datang umah Bob. Maya lak ada kat umah Bob. Bila Faizal yang playboy ni nampak Maya. Matlamat dah len dah… Faizal offer Maya keje kat opis dia. Pada satu presentation, presentation Faizal gagal, Maya paksa suh Bob wat presentation lak. Pastu Mr. Jamal panggil Bob masuk opis. Babak ni gua suka! Tau je la stail Datuk Jalaludin bercakap kan? So, setiap gaya dia bercakap ngan Bob kat opis tu, berlatar belakangkan portret  Mr. Jamal yang sama dengan gayanya. Kerja seni  yang ni yang mahal. Simple tapi leh wat gua ketawa kecil..! Hehehe… [Time ni baru gua tau Faizal tu anak Mr. Jamal, tu pasal Rahidi kena ajuk cara tutur Datuk Jalaludin. Like father like son..].

Pastu, ada satu malam tu, Faizal nak kenakan Maya kat opis. Si Kamal suh Bob amik barang kat keta Faizal, tinggal Maya sorang. Si Kamal jadi pocong, takutkan Maya. Hah kau! Sekali Maya lak jadi Pontianak.. Mencicit Kamal lari..! Amik ubat! HAHAHAHA..! [Teringat gua time takutkan juniors kat hostel dulu].
So.. bila Faizal nampak macam tu, dorang lak ada plan nak buktikan yang Maya tu pontianak. [Gua suka babak Faizal ngan Kamal berdebat pasal bunyi Pontianak]. Hahahaha…! (Kalau ikutkan, tiada suara manusia yang boleh ajuk/menggambarkan hilaian pontianak). Seram lak gua..

Faizal minta Pian membantu tapi Pian macam cuak la kan. Bila Faizal kata kalau Maya bukan pontianak, Pian boley pakai keta Merz (kot) Faizal seminggu. Pian set. Faizal wat costume party. Dalam pada tu, Si Kamal ntah dari mana, kat hiway nampak awek cun tepi hiway berkebaya, Nadia (Nurul Wahab); kakak Maya. Miang sudah mari.. Nadia ditumpangkan balik ke rumah (rumah Maya). Pintu umah automatik buka.. Hahaha… Gampang.. Kamal jadi rakus bila salah faham ngan kata Nadia, “Saya nak makan awak..” [Lelaki.. standard la, nak, nak yang kena offer macam tu..] Amik ubat! Kamal jadi tahanan umah.. hehehe..! Kena ikat.


Kat party umah Faizal, ada kemunculan Avatar, Wolverine pun ada! Sempoi je Wolverine punya entry… Hahaha…! Maya ngan Liyana sampai. [Baru gua pasan, Maya punya wardrobe sumanya ala-ala Victorian, era kolonial – ada konsep beb!] Kemudian, Pian umpan Liyana gi dapur… Hahahaha… Berlonggok bawang putih! Hahahaha… Yang pelik, apa kena mengena Ina-Eddy ada kat party tu.. Sebab rasanya, Ina ngan Eddy tu macam tak de kaitan ngan Faizal. Mungkin nak tunjukkan kat Ina yang Bob ada awek lagi cun! Juga pengajaran bagi Ina bahawa Eddy tu bukan la sebaik-baik lelaki. Hehehe…
Nak citer sampai abis macam tak best la plak. Kang korang dah tau ending.. Apapun, gua cakap sama korang.. korang MUSTI tengok ini citer. Jangan jangka bagai-bagai.. Gi tengok, layan gelak! Satu lagi mahu kasi ingat, masa Liyana tukar jadi pontianak, korang kasi fokus sama dia. Kalau korang tak gelak, potong jari gua beb!


Tolong! Awek aku  Pontianak bakal ditayangkan di pawagam mulai Julai 7, 2011
[Macam title lagu King Diamond lak 7th Day of July 1777]

Pendek citer la, citer ni nak ajar kita… (yang gua dapat tangkap la)

Awek kalau cun mana pun, kalau perangai menyakitkan hati, baik lu angkat kaki. Satu pompuan cantik, ada sepuluh lelaki yang bencikan dia. Tapi kalau awek cun, hati baik tapi pontianak, macam mana lak tuuu…? Macam tu kau kena jadi werewolf la plak.. hahaha… Pompuan pun jangan jadi macam bunga dedap, cantik tapi tak berbau..! ada faham ka adik manis…?


Lagi satu, biasanya.. korang dapat sorang awek, sepuluh kawan baik korang akan hilang. Kalau ada kawan baik korang yang korang dah kenal lebih lama dari awek yang korang baru kenal ni, cakap sapa korang mau dengar? Sendiri fikir la kawan.. kawan-kawan leh tolong.. dorang leh tolong cakap je.. korang dah terantuk, korang tanggung sakit sorang-sorang ler..!

Kalau nak buat jahat atau nak tunjuk wat baik, kena ingat, ada orang yang lagi jahat dari kita atau ada yang lagi baik dari kita. Macam mat rempit tu.. dorang ingat dorang dah handal la… skali kena gegar ngan pontianak.. hahaha…

Nak berjaya pun, jangan sampai pijak kepala orang lain. Usaha beb! Kalau gagal, tu bukan gagal.. tu cuma antara beberapa percubaan kita dengan cara berbeza untuk kita mencari kejayaan.


Bagi korang jantan-jantan handal tu, jangan sekali-kali nak pick-up awek tepi jalan.. korang ingat dorang tu anak ayam! Men kutip-kutip.. Korang lelaki takkan mengakui kehebatan orang pompuan sebab korang ingat dorang lemah. Sebaliknya ada lelaki-lelaki hebat (di belakang tabir) yang memperalatkan pompuan untuk kenakan jantan-jantan buruk nafsu ni. Sok dah kena barulah korang tau, tinggi rendah langit. (ni citer len la.. mungkin nanti gua wat entri kat blog gua). Tapi sapa yang tau tu.. tau la..!





blog

Saturday, June 11, 2011

King Diamond - Dressed In White.

King Diamond - Dressed In White
Found at abmp3 search engine


She's Wearing White Again But Colours Always Betray
Don't Look Into Her Eyes, There's An Evil Darkness Inside

You Might See Her But She Is Not Here
Leave Her Alone Don't Get To Near
One Touch And You'll Disappear
What A Scream You'll Never Hear

She Carries A Secret
And Where She Must Go...You'll Never Know

She Carries A Secret
And Where She Must Go...You'll Never Know

Searching But Not For A Home
A Restless Soul All On Its Own
Always Dressed In White
As She Passes On Through The Night

She Carries A Secret
And Where She Must Go...You'll Never Know

She Carries A Secret
And Where She Must Go...You'll Never Know

blog