Halaman

Friday, May 3, 2024

Perlis Indera Kayangan.

1 Mei 2024 jam 2315 bertolak ke Wang Kelia, Perlis Indera Kayangan.
Tiba di View Point Wang Kelian 2 Mei 2024, jam 0633.

Turun dari view ponit ke Gua Kelam tetapi ditutup kerana ada runtuhan batu. Hanya Gua Kelam 2 dibuka tetapi untuk memasukinya perlu ada malim. Bayaran RM10 00 dikenakan seorang bagi sekumoulan 10 orang minima. 

Dari Gua Kelam ke Restoran Suri di Kangar untuk merarau. Banyak lauk-pauk masakan Melayu dan ulam-ulaman. Cuma suasana agak hangat kerana cuaca yang panas masa ini. Harga makanan amat berpatutan.

Usai merarau, seterusnya daftar masuk di Mega Star Vacation Inn.

Malam hari, ke Hameed Nasi Kandar tepi McD.

Lepas makan malam ke Jeti Kuala Perlis. Ambil angin malam. Lokasi yang sama untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi.