Halaman

Friday, February 23, 2024

23022024 | Surabaya - Bromo, Jawa Timur, Indonesia

Tiba di Lapangan Antarabangsa Juanda, Sidoarjo, Jawa Timur.
Singgah merarau, gurame bakar sambil menunngu sebuah lagi kereta untuk ke Bromo.
Pusing-pusing kota Surabaya.
Berhenti rehat di Pandaan-Malang, menalas perut dengan bakso.Sup yang menyegarkan.


Singgah makan malam di Bawangan Bromo sebelum daftar masuk Cemara Indah Hotel di Penanjakan Bromo.
Seawal jam 2 pagi, menaiki jip ke Penanjakan Bromo untuk melihat pemandangan Gunung Semeru dan Gunung Bromo ketika matahari terbit.

Ratusan jip diparkir kiri kanan jalan menaiki Penanjakan Bromo. Memilih untuk menaiki ojek untuk meneruskan perjalanan ke tapak pemerhatian setelah jip tidak boleh lagi  teruskan perjalanan kerana kesesakan.


Kedinginan 9° celcius diamankan dengan kehangatan kopi Bromo. 


Menanti tika mentari menyinari bumi Bromo.



Subhanallah! Kagum terpaku berdiri melihat keindahan yang menakjubkan .

Turun berjalan kaki ke jip untuk turun ke kawah.
Ratusan jip memenuhi ruang yang amat luas unruk pengunjung melihat kawah gunung berapi dari dekat, di mana tadi melihatnya dari atas Penanjakan Bromo.
Boleh juga menunggang kuda hingga ke kaki tangga untuk melihat kawah gunung berapi.

Aku hanya bersantak-santai berjalan sehingga ke pura sahaja. Tiada daya untuk mendaki anak tangga melihat kawah.
Kemudian kami dibawa ke  Bukit Teletubbies.
Usai di sini, dibawa pulang semula ke hotel  untuk saftar keluar ke Kota Batu.
Disebabkan daftar masuk hotel semalam di waktu malam, tak perasan, pemandangan hebat ini boleh sahaja dinikmati dari perkarangan hotel.

Untuk ke Kota Batu, perlu melalui Malang, malang bagi aku kerana kehilangan sandal yang aku tinggalkan di luar bilik semasa naik Penanjakan Bromo.