Halaman

Sunday, December 27, 2020

Tiga setengah petang.

Meraikan cinta pasangan pengantin adik sepupu isteri, Farah dan Kamil di Dewan Cornerstone IPC, Selangor Dredging, Jalan Ampang, KL.

Mudahan berbahagia hingga ke Jannah.

Thursday, December 10, 2020

Dua lima puluh lapan pagi.

Katanya bekerja umtuk mencari sesuap nasi tetapi janganlah sampai tak sempat nak menyuap sesuap nasi.

Monday, December 7, 2020

Satu lima puluh lima pagi.

Keberanian seorang lelaki hendaklah lebih tinggi daripada gunung.

Kesetiaan seorang wanita hendaklah lebih dalam daripada lautan.

Thursday, November 26, 2020

Enam tiga puluh petang.


Si Cheq datang untuk buat follow-up dengan doktornya esok. Bawak mak sekali dari Jay Bee. 

Dorang menyinggah sini makan...


De.Wan 1958 by Chef Wan
www.dewan.space

Dua belas lima puluh lapan tengahari.

Bomba minta surat kebenaran wakil, surat kuasa dari syarikat untuk kau ambil dokumen sokongan. Bukan surat kebenaran bekerja dalam tempoh PKPB. Orang opis kau pun macam tak faham bila pegawai terangkan thru telefon.

Orang lain pun beratur nak selesaikan urusan. Bukan kau sorang jer datang dari jauh. Lagi kau nak bertegang leher dengan pegawai. Dia buat kerja dia. Dia kena menjawab kalau dia lepaskan sokongan tanpa surat kebenaran wakil kau tu. Kau tahu nak senang jer. 

#bikinpanaslakauni

Tuesday, November 10, 2020

Saturday, August 8, 2020

Nak test RFID je ni..

Tak pasti nama kedai tapi digelar dari mulut ke mulut, Warong Teh Candu di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Bila ditanya pada owner, katanya, Cable Steak sebab warongnya di bawah kabel elektrik!

Nasi lemak bungkus, kena belasah 4 bungkus baru puas!

Yong tau foo goreng yang rangup.

Keunikan air buih, nescafe o ais limau. Mabeles!

Keistimewaan yang ummphh....Teh Candu!

Monday, May 4, 2020

Terlajak perahu boleh diundur.

Sememangnya satu kesilapan boleh memghapuskan seribu kebaikan.

Sebelum berbuat sesuatu,.pastinya kau berfikir dahulu risiko, kesan dan akibat sebelum melakukan apa jua perbuatan, baik dari sudut positif atau negatif, baik dan buruknya selepas itu.

Meminta maaf memang mudah.
Memberi maaf juga tiada masalah. Tapi apa yang telah dilakukan sememangnya telah menguris luka dan meluluhkan hati.

Tergamak berusaha gigih untuk menghancurkan ikatan yang dibina.

Tuesday, March 24, 2020

Berkunci pintu.

Sementara order aku - dua nasi goreng ayam di mamak Bidayah, KLTS siap, aku berjalan ke 7 Eleven yang berselang lima.kedai berhampiran kedai Eco 2 ringgit.

Nampak budak-budak 7 Eleven melepak atas motor kat luar.
Aku bertanya, "Bukak ke tutup?"
"Tutup bang," jawabnya
"Wah! First time la pintu korang ni 'berkunci' ea," aku membalas.

#covid-19
#perintahkawalanpergerakan

Sunday, March 1, 2020

Janda baik punya...

Musim wabak penyakit, kita parking kat sini.

 Sarap di Restoran Kopi Ladang.

 


Lepas minum, usha ladang kopi sebelah restoran.

Pastu singgah lak kena kopi kat sini...

Cozy gak lepak sini kena kopi Banjaran. Dengar suara hutan.


Kita ronda Fig Farm Malaysia... 

Di pintu masuk ada souvenir shop yang jual pelbagai produk hasil buah syurga ni dengan hasil madu. Masuk percuma.

Dalam leka kat ladang ni, dah nak kul 12:00 tengahari. Gerak balik 101 Resort & Spa (d'Ark Resort dulunya) untuk check-out.

Saturday, February 29, 2020

Lemang Toki.

Sebelum ke 101 Resort & Spa, Janda Baik - port makan tengahari di sini, #lemangtoki, Bentong.

Lemang dengan rendang ayam. Lemang memang lembut, rendang ayam pun sedap. Selain itu, kena gak ayam bakar dengan air asam (mabeles). Dengar kata, air asam ini akan dikomersialkan. Jadi mudahlah nak dapati di mana-mana kelak. Santeekk....!

Kena sepinggan nasi putih, kuah gulai ikan masin dan terung berulam petai. Air tembikai. Sempoi..!


Thursday, January 30, 2020

Terjebak!

Dalam pada kau dalam perjalanan untuk melakukan atau sedang melakukan perkara yang tak baik, berlaku pula perkara yang tak baik menimpa kau.

Adakah kau rasa perkara baik yang pernah kau lakukan dapat memperbaiki keadaan?