Halaman

Monday, December 16, 2019

Santap Pagi.

Kita layan sarap pagi dengan roti canai lauk kari ayam - Gemas Road, Pulau Pinang.

Sunday, December 15, 2019

24km, 50 minit.

Dari Esplanade, kitaorang gerak ke Batu Ferringhi saja nak usha apa perubahan yang ada. Dulu seingat aku ada kedai-kedai di tepi jalan dari hotel Parkroyal menyusur ke bawah The Ship.

Sejak ada Hard Rock hotel, HRC, di situ, aku belum jejak kaki lagi di Penang.

Bila sampai di situ, ya, kedai-kedai yang jual cenderamata masih ada lagi bersusun. Manusia belum ramai lagi menjengah. Ada tanda-tanda pembangunan baru di kawasan situ juga, bila banyak restoran - kafe - bistro sudah tiada banyak lagi. Banyak restoran makanan Arab.

Dalam mencari parking, kitaorang melewati hotel Hard Rock. Kitaorang park je kereta di tepi jalan seperti mereka yang lain... Hehehe...

Sini ada tiga Rock Shop, satu di lobi hotel, dalam kafe dan di hujung premis, Rock Shop yang paling besar.

Semasa di Rock Shop dalam kafe, brader DJ ni buat announcement, boleh dapat harga 50% untuk pembelian merchandise kedua semasa band break buat show.

Aku tanya kat staff, "live band start kul baper?"

"Start 10:30... break 11:30 tapi promosi ni hanya beli tuk sini sahaja (Rock Shop kafe) sebab time break, Rock Shop lain dah tutup.

Uishh.. lama lagi tapi merchandise di kafe tak banyak....

Sunday, December 1, 2019

Jenjalan Penang.



Selepas menjenguk Penang Art street kitaorang berjalan kaki ke Esplanade, 15 minit jalan pelan-pelan la, untuk menjamah Mi Sotong Hameed Pata,.RM5.00 sepinggan.

Ais kepal - perisa mixed, RM3.00 dinikmati bersama ngan lebah manisan.

Dalam perjalanan, sempat ambil gambar di depan Food Wonderland, tak masuk pun.

Tempat simple yang menghimpunkan beberapa gerai makanan yang sempoi baq hang. Mereka kata sini lebih baik rasa dan harga makanannya dari Padang Kota Lama, beberapa meter di belakangnya.

Untuk pesan mi sotong, haruslah kena beratur panjang bhai..