Halaman

Monday, December 16, 2019

Santap Pagi.

Kita layan sarap pagi dengan roti canai lauk kari ayam - Gemas Road, Pulau Pinang.

Sunday, December 15, 2019

24km, 50 minit.

Dari Esplanade, kitaorang gerak ke Batu Ferringhi saja nak usha apa perubahan yang ada. Dulu seingat aku ada kedai-kedai di tepi jalan dari hotel Parkroyal menyusur ke bawah The Ship.

Sejak ada Hard Rock hotel, HRC, di situ, aku belum jejak kaki lagi di Penang.

Bila sampai di situ, ya, kedai-kedai yang jual cenderamata masih ada lagi bersusun. Manusia belum ramai lagi menjengah. Ada tanda-tanda pembangunan baru di kawasan situ juga, bila banyak restoran - kafe - bistro sudah tiada banyak lagi. Banyak restoran makanan Arab.

Dalam mencari parking, kitaorang melewati hotel Hard Rock. Kitaorang park je kereta di tepi jalan seperti mereka yang lain... Hehehe...

Sini ada tiga Rock Shop, satu di lobi hotel, dalam kafe dan di hujung premis, Rock Shop yang paling besar.

Semasa di Rock Shop dalam kafe, brader DJ ni buat announcement, boleh dapat harga 50% untuk pembelian merchandise kedua semasa band break buat show.

Aku tanya kat staff, "live band start kul baper?"

"Start 10:30... break 11:30 tapi promosi ni hanya beli tuk sini sahaja (Rock Shop kafe) sebab time break, Rock Shop lain dah tutup.

Uishh.. lama lagi tapi merchandise di kafe tak banyak....

Sunday, December 1, 2019

Jenjalan Penang.



Selepas menjenguk Penang Art street kitaorang berjalan kaki ke Esplanade, 15 minit jalan pelan-pelan la, untuk menjamah Mi Sotong Hameed Pata,.RM5.00 sepinggan.

Ais kepal - perisa mixed, RM3.00 dinikmati bersama ngan lebah manisan.

Dalam perjalanan, sempat ambil gambar di depan Food Wonderland, tak masuk pun.

Tempat simple yang menghimpunkan beberapa gerai makanan yang sempoi baq hang. Mereka kata sini lebih baik rasa dan harga makanannya dari Padang Kota Lama, beberapa meter di belakangnya.

Untuk pesan mi sotong, haruslah kena beratur panjang bhai..


Friday, November 22, 2019

Tidak selayaknya.

Sendirian menapak
mendaki tangga batu
Aku mengimpikan
Berpimpinan tangan
menaiki eskalator
tegak dan lurus
Malangnya,
mereka berkumpul
menanti lif
menaik lebih tinggi.

Malangnya,
Aki tidak miliki kad akses.

Tuesday, November 19, 2019

Raikan kecemerlangan.

Awal pagi Syabil sudah bersiap hendak ke.sekolah kerana Majlis Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Gombak (1).

Heboh dia berpesan supaya aku segera hadir ke majlis sebab nak suruh aku ambil gambar persembahannya. Hahahaha... Syabil.. Syabil!

Syabil menyertai persembahan tarian tradisional.

Syabil dalam peraembahan choral speaking.

Menerima anugerah kecemerlangan terbaik dalam kelas tahun 5 dan kecemerlangan terbaik dalam aliran tahun 5.
Sijil anugerah kecemerlangan terbaik dalam kelas tahun 5 (5 Arif).

Sijil anugerah kecemerlangan terbaik dalam aliran tahun 5 (5 Arif).

Syabas dan tahniah buat nanda Muhammad Syabil Khalil!


Saturday, November 9, 2019

Majlis Apresiasi Tabika Kemas 2019

Meraikan Syifa di Majlis Apresiasi Tabika Kemas Parlimen Wangsa 7 November 2019 di Kampung Pengantin.


Hujung-hujung, akhirnya ada rezeki menang cabutan bertuah.

Tahniah buat anakanda Syifa yang akan melangkah maju dengan keyakinan dan ketabahannya dalam mengharungi kehidupan.


Monday, November 4, 2019

Sepatutnya nak ke Penang.

Mulanya plan nak bawak family ke Penang, jenjalan cari makan, #melmelantak la kan. Tapi dapat tahu Mel ada periksa MUET lak 2 Nov 2019. Kena la anta Mel balik kolej ari tu.

Seb baik belum buat apa-apa booking inapan di Penang. Bila dapat tau, setting lepak Pengkalan Balak, 5 minit ne dari kolej Mel. Bajet, pas Mel abis MUET, lam tengahari tu, pick-up dia dan lepak Bandaraya Melaka.

Syabil pun dah beria-ia nak naik Taming Sari.

Apa-apa hal, aku bukak Agoda la cari port bermalam.

.
Sampai kolej Mel lam.kul 1930. Sepatutnya boleh sampai sebelum kul 1900 tapi perjalanan biasa terhalang sebab banjir sebelum sampai roundabout Lubok Cina. Jadi aku waze je la tuk ke Londang tapi waze bawak rentas ladang kelapa sawit pastu kuar balik, jumpa balik lencongan tadi.

Aku turun keta, tanya kat polis macamana nak ke Kolej Matrikulasi Melaka.

Polis tu bagi direction, jalan terus ke Kota, rondabout, amik kul 12, terus lagi. Nanti jumpa simpang tiga, ada trafic light, masuk kanan, balai polis Kota ada kiri, terus ke Simpang Ampat.

Pastu aku tanya, baper dalam banjir?

Takat pinggang sambil anggota tunjuk isyarat tangan, takat di pinggangnya.

Tu yang jadi halangan. Mudahan dihindarkan kami halangan yang lebih besar.

Selesai hantar Mel di asrama. Kita orang satu family ke Pengkalan Balak. Sebelum tu, aku call owner Comel Chalet, bagitau kita orang on the way ke chalet.

Lepas check-in, letak beg bagai, kita orang jalan kaki ke medan selera kat sebelah chalet. Sebelah je. Kita orang dah pernah makan kat sini dua kali. Asam pedas dia memang power. Ikan, sotong, udang, kerang fresh-fresh lagi. Harga mampu milik der!!

Member aku selalu cakap, harga takde hal, janji makan puashati. Mana la member aku tu dah tercampak.

Aku amik cencaru saiz A, buat asam pedas. Sotong saiz A, buat goreng tepung. Syabil beria nak kerang rebus, sekilo.

Dah kenyang, balik bilik. Bukak tv, ada Anugerah Skrin, layan.

2 Nov 19, Sabtu.
Kul 1100, Syabil, Syifa dan Syawal nak mandi laut. Sebelum tu, pas subuh Syibli dan Syabil dah ke pantai. Nak buat IG story la bagai. Suh dorang cari nasi lemak ke, roti canai tuk sarap.

Dibelinya lima roti canai ngan dua Nes O. Dorang dua orang belasah abis roti canai. Aku ingat nak la jamah sikit, selesai dorang kekah dah.

Dari jauh, wife amik gambar kita orang lepak pantai.

Kul 1300 lebih, kita orang check-out Comel Chalet. Ada grup otai berkumpul kat chalet. Aku tegur satu brader ni, dia cakap, kami buat reunion sekolah Ulu Gombak. 

Aku pun bagitau la yang kita orang pun dari Gombak. Sembang la lebih kurang.

Aku masuk bilik, bagitau bini aku, dorang dari Gombak gak. Anak aku, Syibli mencelah, ada sorang dak lelaki tu, kawan sekelas dia sekolah Gombak Setia. Aku cakap, tegur la. Malas, jawab dia pendek. Aduyaiii... budak skang. #malu. Hahahaha!!

Bajet, nak amik Mel lam kul 1500 tapi masa lalu depan kolej dah pukul 1400++, park kereta tepi jalan. Kol Mel... Kunun, nak pergi makan dulu kat Masjid Tanah baru amik dia tapi dah alang-alang baik angkut sekali. So, masuk kolej, tunggu Mel siap.

Lam kul 1600 cam tu, kita orang sampai Hotel Sunflower kat Pertam Jaya. Amik kunci homestay dulu. Kita orang lepak homestay kat Jalan PJ 7, teres dua tingkat. Sempoi.. Belakang area hotel je. Lepas letak beg bagai.. luruskan kaki, kita orang gerak ke Dataran Pahlawan. Sempat gak la bini aku membasuh baju kotor semalam - ada washing machine kat homestay.

Sampai Dataran Pahlawan, cari makan dulu. Ingat nak makan kat fudkot (Let's Makan), tapi fudkot lum siap... Alamakkk... Hahahahawau....!

Lepak Nando's, melahap la dulu..

Plan nak naik Taming Sari ngan cruise Sungai Melaka tapi bila dah malam, kensel Taming Sari. Kita orang naik cruise Sungai Melaka dulu. Jalan kaki dari Menara Taming Sari, lalu tempat kapal kayu yang besar tu depan Medan Samudera. Belakang Menara Taming Sari je jeti ceuise. Hari ujan, rintik-rintik..

Syabil lak, atuknya baru belikan nfon, galak la dia buat bideo..

Setel, cruise, balik homestay. Sebab ujan pun makin galak. Sebelum tu, plan, aku nak kuar balik ngan myluv payang. Lepak HRC tapi bini aku dah terpesong nak keringkan baju kat dobi. Tak tingat langsung plan nak g Hard Rock Melaka.

Tu yang bini aku quote,

"Masa umo dua puluhan, malam minggu,.lepak Hard Rock. Tapi bila umo dah forty ngan kiddos, malam minggu lepak dobi, keringkan baju." Hahahaha...

3 Nov 19, Ahad.
Lepas check-out homestay, gerak g bandar balik. Plan nak lunch pastu naik Taming Sari, jenjalan jap, cari snacks tuk Mel pastu anta Mel balik kolej.

Parking keta kat Mahkota Parade. Tak dapat nak parking dekat- dekat Taming Sari. Dua kali round. Kita orang jalan kaki ke Menara Taming Sari. Otw tu, lalu kedai ayam goreng Samurai. Mel kata dia ikut IG dorang dari form three lagi. Sampaii Taming Sari, beli tiket, terus tunggu tuk naik. Tak ramai orang.


Turun Taming Sari, kita orang lepak pekena cendol kat tepi tu. Sedap! Aku belasah dua mangkuk. N4vDalam pada tu, Syawal lak 'membuang'. Pampers tak bawak, tinggal lam keta. Aku patah balik g keta amik pampers.

Masa nak ke cendol balik, aku singgah tapau ayam goreng Samurai tuk Mel. Lagipun, kita orang lum makan lagi. Sambar kuih keria gula melaka, lima inggit kat orang jual-jual kat depan Taming Sari.

Lepak makan jap kat garden area Taming Sari lak. Masa berlalu, tak sempat nak jenjalan ke bangunan merah atau ke kapal kayu. Bini kata, next time. Sebab nak cari jajan Mel lagi. Mel kena sampai kolej sebelum kul 1900.

Masuk balik Mahkota Parade. Setelkan Syawal, tukar pampers. G Family Store, bawah Parkson, beli jajan tuk Mel. Setel, gerak anta Mel.

Dalam otw balik KL, kita orang singgah Seremban Gateway. Aku ada sikit keje pelesenan untuk kafe Alley. Selain cari dinner...

Usai keje aku kat sini. Kita orang port dinner kat Cibiuk, selang empat lima pintu je ngan Alley.

Cumi bakar lak abis. Tapi still beftambah nasi gak la. Cendawan goreng crispy dan air limau- jeruk, mabeles.