Halaman

Tuesday, May 16, 2017

Kau bukan mereka.


Sesama mereka, keselesaan dan kemewahan adalah biasa. Pada yang lain untuk menikmatinya mesti berusaha keras.

Mereka memperlihatkan bahawa ini satu kemegahan dan pada masa yang sama mereka menjadi tangan-tangan menangguk kesempatan atas kerakusan yang lain untuk menjadi sebahagian mereka.

Padahal, mereka gigih menyembunyikan kehinaan mereka sendiri.


Friday, May 12, 2017

Dunia Ini Kecil.

Sementara menantikan kelulusan lesen premis pelanggan aku siap, aku merayau sekejap di Plaza Alam Sentral. Tika waktunya menghampiri, aku bergegas semula untuk ke MBSA. Dalam aku melintasi restoran Syed Bistro, aku terperasan dua orang yang aku kenali. Lalu aku menyergah mereka, Muszaidi dan Raffi yang sedang leka berborak. Lalu aku duduk sebentar bertanya khabar.

Mereka merupakan dua sahabat sebaya aku ketika di High School Klang.

------------------------------------------------- 



Selesai urusan di MBSA, aku menyinggah pula ke restoran sahabat aku di U12,
FLAME & FLAVOURS.

Uniknya mereka ini pada aku ialah;
pemilik restoran ini, dulunya dia, Aizul, senior aku di Aspura High School Klang (STK) - 1985 - 1987
dan yang bertopi ini pula, Farith adalah adik iparnya,
merupakan sahabat persekolahan aku di Sekolah Sultan Ismail (SSI) Johor Bahru - 1988 - 1989.

Kemudian aku dan Farith menyewa sebilik di kawasan Bukit Bintang, Jalan Bidara pada tahun 1992.

Setelah hampir 20 tahun tidak bertemu sehinggalah tahun 2013, dengan era media komunikasi yang hebat, aku dapat bertemu Farith semula.
(ketika itu aku belum mengetahui bahawa Farith adik iparnya Aizul)

Dijadikan cerita, Farith sekeluarga dan Aizul sekeluarga ke Johor Bahru dan aku juga ke Johor Bahru kerana meraikan adik seorang sahabat SSI melangsungkan perkahwinan.

Setelah saling tertanya-tanya antara aku dan Aizul, akhirnya terlerailah penasaran.

Setelah 26 tahun, aku bertemu semula dengan Aizul!
Dari situlah, dapatlah aku berhubung semula dengan budak-budak Aspura High School yang lain
termasuklah Muszaidi dan Raffi tadi.

------------------------------------------

Lebih kurang jam 8:30 malam seorang sahabat lagi tiba, Shahrul sekeluarga.
Sharul juga bekas pelajar STK, satu batch dengan aku tetapi dia hanya seketika di situ.
Yang menariknya, kami bertiga, aku, Farith dan Shahrul kerap lepak bersama ketika di Bukit Bintang pada tahun 1992.

------------------------------------------

Lebih kurang sejam kemudian, seorang lelaki Cina datang bertemu janji dengan Farith di restoran.
Lalu aku menghampiri mereka lalu menyapa,
"Encik Tan, ingat saya lagi?"

Dia agak blur tika itu.

Lalu aku jelaskan,
"Sayalah yang buat permohonan lesen restoran you di IOI City Mall!"


Thursday, May 11, 2017

Tingkat 13.


Pihak yang sepatutnya memudahkan,
menjadi amat sulit
seperti mengail di lautan dalam.

Pihak yang dianggap sukar,
dipermudahkan
seperti air sungai yang mengalir di jeram.


Tuesday, May 9, 2017

Fail sulit.

"...rezeki anak-anak..."

Tapi bila anak minta belikan air kotak di pasar raya, katanya.., di rumah pun ada air!

?