Halaman

Sunday, September 6, 2015

Atas bawah sama sahaja.




Benarkah hidup kita seperti roda? Jika ada orang yang berada dia atas kita dan kita di bawah, apa salahnya? Seperti kita menaiki ferris wheel? Bagaimana apakala kita di atas, hujan pula turun mencurah dan petir pula sabung-menyabung?

Bila hidup dikaitkan seperti roda, pastinya roda itu bergerak dan berputar. Adakah kita mengharapkan daya lain untuk menggerakkan roda itu berputar agar kita yang di bawah akan berada di atas lalu mentertawakan mereka yang dahulunya di atas, kini di bawah?

Apabila orang yang berada di atas jatuh ke bawah, sanggupkah kita menaiki ke atas atau sekurang-kurangnya kita mengatakan bahawa aku sudah di atas kamu? Bukankah sepatutnya kita menarik semula ke atas bersama kita?

Kenapa kita perlu menyemai kebencian dalam diri pada orang lain?

Kelebihan dia, kekurangan kita. Kelebihan kita, kekurangan dia. Sama sahaja arasnya. Di dunia, segala yang 'atas dan bawah' hanyalah ujian-Nya. Nah! Jika sudah tahu mengapa perlu dipersoalkan?

Bukankah qada' dan qadar sebahagian daripada rukun iman - ianya juga paling bawah. Berusaha untuk mengubah nasib, sama ada berjaya atau gagal. Berjaya tidak semestinya terbang di atas. Gagal juga tidak semestinya jatuh tersembam.

Rezeki memang sudah Allah aturkan, bahkan seluruh kehidupan kita. Semenjak roh ditiup pada usia empat bulan dalam kandungan. Carilah apa sahaja yang kita inginkan (ikhtiar dan tawakal) di dunia tapi jangan sesekali menjual agama.

Hanya manusia yang berhasad dengki/dendam/benci berpegang bahawa hidup seperti roda.