Halaman

Friday, March 6, 2015

Menyerah badan diselar matahari.

2 Mac 2015 - Jam 0400: Kereta diparkir di Putrajaya Sentral (berbumbung) dan mengambil KLIA Transit di stesen Putrajaya/Cyberjaya untuk ke KLIA2. Tren pertama dari KL Sentral adalah jam 0433, dijangka tiba di stesen Putrajaya/Cyberjaya adalah jam 0452. Tiket berharga RM6.20/seorang-sehala.

Jadual tren KLIA Ekspres & KLIA Transit.

Tiba di KLIA2, terus mendaftar masuk menggunakan pengesahan digital cap jari dan pasport kerana pintu pelepasan agak jauh.


Pemandangan Pulau Pinang secara keseluruhan dari kapal terbang.

Lebih kurang jam 0740 waktu tempatan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand. Beli simkad telco tempatan berharga B299.00 dengan data plan dan panggilan percuma sehingga B100.00, kemudian beli kupon teksi untuk ke Ao Nang, B600.00 (30 minit perjalanan) - berbaloi untuk 4 orang penumpang, bas B150.00/seorang (45 - 60 minit perjalanan). Teksi akan singgah di sebuah pusat pelancongan dan menawarkan pakej percutian, lebih baik jika buat tempahan pakej dengan hotel penginapan atau sebelum tiba melalui talian. Lebih murah!

Daftar masuk penginapan di Amorn Mansion walau tahu terlalu awal kerana merancang untuk ke Emerald Pool dan mengambil pakej Kepulauan Phi Phi dan 4 Pulau dengan pihak penginapan.



Sewa skuter B200.00/sehari untuk ke Emerald Pool. Perjalanan sejauh 73km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Semasa mengambil motor, petrol ditangki penuh. B150.00 cukup untuk pengisian petrol penuh. Bantuan waze digunakan. Perjalanan awal pagi amat selesa, trafik lancar. Laluan motor/basikal disediakan. Dengan kelajuan skuter 60km/j, perjalanan melewati Outlet Premium, Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi dan beberapa pekan kecil.

Tiba di Emerald Pool, letak motor dikenakan caj B10.00.

Melewati pelbagai jenis kedai sebelum laluan masuk ke Emerald Pool. Membeli cenderamata di sini jauh lebih murah dari Ao Nang dan Krabi Town sendiri - cuma pilihan tidak banyak.


Kaunter bayaran masuk B200.00 untuk pelancong dewasa. Dibuka dari jam 0800 sehingga 1700. Digalakkan datang ke sini pada awal pagi atau tengahari untuk ada lebih masa mandi-manda dan menikmati warna kolam. Dari pondok ini, perlu berjalan kaki masuk sejauh lebih kurang 800 meter.

Untuk masuk ke Emerald Pool,
DILARANG MEMBAWA MAKANAN!
Namun kawasan merokok disediakan!




EMERALD POOL

Selepas mandi - tenggelam timbul seketika, berjalan masuk lebih kurang 866 meter untuk ke Blue Pool aka Spring Pool. Terdapat laluan konkrit yang baru dibina.

Blue Pool - DILARANG MANDI!



Selepas beberapa jam berlegar di dalam kawasan Emerald Pool, kelaparan menjengah!

Satu-satunya kedai makanan halal dan pemilik boleh berbahasa Melayu - loghat Kelate lah!



Usai memenuhi selera. Bergerak pulang. Dalam perjalanan singgah di sebuah pasar membeli beras pulut. Berhenti untuk pengisian petrol skuter - B50.00, jarum meter kembali menunjukkan tangki penuh. Melepaskan lelah di bilik sementara untuk makan malam.


Jam 2000, berjalan menyusuri deretan kedai cenderamata untuk makan malam. Lebih banyak bertanyakan harga dan membuat perbandingan. Sehinggalah di hujung jalan selekoh terakhir Ao Nang berhampiran Krabi Resort, kelihatan deretan penjaja motorsikal menjual makanan halal seperti ikan bakar, pancake, tomyam, jus buah-buahan dan salad papaya. Dibuka dari jam 0900 sehingga 0000 atau sehingga stok masih ada. Masa terbaik untuk menikmati makanan di sini adalah antara jam 1400 sehingga 1800. Harga makanan dari B30.00 hingga B250.00!






Disebakan agak lewat dan ramai orang dan meja makan agak terhad, hidangan makan malam adalah cencaru bakar bersaiz XL, B150.00 seekor, sotong bakar bersaiz L, B150.00, pancake nutella dan jus mangga.

Hari Kedua
TRIP KEPULAUAN PHI PHI
(Boat Laju)

Dengan bayaran B1,000.00/seorang termasuk angkutan dari/ke penginapan termasuk makan tengahari, snorkeling di dua hentian, minuman mineral percuma dan buah potong.

Jam 0800, petugas pakej tiba menjemput. Dengan angkutan lori yang diubahsuai, kenderaan berhenti singgah di beberapa penginapan untuk mengambil beberapa pelancong yang mengambil pakej untuk dibawa ke pantai Noppharat Thara (pusat pelancongan) di mana terletaknya pengkalan bot untuk membawa pelancong mengikut pakej yang diambil. Kemudian semua akan diberikan taklimat dan pengasingan bot mengikut jenis pakej.

Antara bot laju yang digunakan untuk pakej Kepulauan Phi Phi.

Bamboo Island.


Viking Cave.

Memasuki Maya Bay.

Maya Bay.


Maya Bay sesak dengan pengunjung hinggakan bot terpaksa bergilir ganti berlabuh untuk menurunkan pengunjung dan mengambil pengunjung.


Singgah di Pulau Phi Phi Don untuk makan tengahari di restoran halal.

Snorkeling!


Selesai snorkeling di dua hentian berbeza.

Jam 1900, kami segera ke deretan penjaja yang sama semalam. Namun masih terlewat. Ikan bakar telah kehabisan dan orang masih ramai memenuhi meja. Jadi hanya dapat membeli sotong bakar bersaiz XL B200.00, Song Tam, jus buah mangga dan pancake.

Hari Ketiga
TRIP 4 PULAU
(Long Tail Boat)

Pakej trip 4 Pulau dengan bayaran B500.00/seorang dengan ambilan dari/ke penginapan, makan tengahari, snorkeling di dua hentian, minuman mineral dan buah potong. Ianya lebih kurang sama dengan pakej Kepulauan Phi Phi cuma beza lokasi dan menaiki long tail boat.

Jam 0840 sama seperti semalam, diangkut ke pengkalan Noppharat Thara menaiki bas.


Long Tail boat.

Long Tail boat dengan jualan makanan dan minuman di Phranang Cave.

Phranang Cave.

Chicken Island - batuan yang menyerupai leher dan kepala ayam dari kejauhan.

Snorkeling!

Belanja ikan makan dengan roti.


Tekong bot menangkap ikan ini hanya menggunakan sebelah tangan.
Tangkap - Foto - Lepas!

Pirate of Tup Island.

Tup Island - Singgah makan tengahari ala-ala berkelah.

Beting pasir menghubungkan dua pulau kecil.


Pengunjung Pulau Tup boleh berjalan kaki meredah air laut untuk ke pulau di hadapan.

Kejernihan air!

Poda Island - Singgahan akhir.


Selesai sahaja trip ini lebih kurang jam 1600 di pengkalan Noppharat Thara, sekali lagi dikumpulkan untuk pengagihan penghantaran pulang ke penginapan. Kami meminta untuk diturunkan berhampiran Krabi Resort untuk makan malam awal di kawasan penjaja seperti semalam, kerana ini sahaja yang paling murah serta berdekatan dengan penginapan. Kami memang kepenatan dalam keseronokan.













Malam jam 2000 kami berlegar di deretan kedai cenderamata membeli buah tangan setelah mengenal pasti kedai yang menawarkan harga murah. Cuma seperkara lagi, buatlah tawar-menawar dengan serius jika hendak membeli. Tawarkan harga yang diinginkan, lebih murah - di kalkulator!

Akhir sekali, menikmati urutan tradisional Thai yang ringan - B200.00 - 60 minit!

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, singgah ke Krabi Town! Ronda-ronda!



Selamat tinggal Krabi. Mudahan kita bertemu lagi di lain kali.

Nota: Lebih baik menukar Ringgit Malaysia (9.70) kepada Baht di Kuala Lumpur berbanding menukarkannya di Krabi (8.60).


Bayaran letak kereta di Putrajaya Sentral dari 2 -5 Mac 2015 berjumlah RM16.00 (Not RM50.00 tidak diterima). Hampir sahaja bayar letak kereta dengan not B50.00!




 photo TheEvil.png