Friday, May 30, 2014
Thursday, May 29, 2014
Terima kasih Uncle Wong.
Satu
Abah membelokkan keretanya ke perkarangan Tadika Capitol, meloloskan diri sebentar dari kesesakan lalu lintas pagi ini. Aku bersalaman dengan abah seraya turun dari kereta. “Jangan nakal-nakal tau,” abah berpesan. Aku hanya mengangguk kecil lalu berjalan perlahan ke kelas.
Kelas bermula seperti biasa. Cikgu Caroline mengajar kami
mengenal huruf. Aku yang duduk di meja baris paling belakang bersama Bachan menetapkan
wajah ke hadapan. Sekali-sekala Cikgu Caroline menegur Samad yang suka mengusik
Alicia menyebabkan Alicia terpekik. Samad memang nakal. Adakala kami yang lain
juga turut ketawa bila melihat Alicia mengetus dan mengadu manja pada cikgu.
Alicia fasih berbahasa Inggeris dan ini sering menjadi ajukan Samad bila kami
berkumpul di taman permainan pada waktu rehat.
Loceng berdering sebanyak dua kali menandakan waktu rehat. Kami
segera mengeluarkan beg uncang bertali dari beg galas, di
mana beg uncang kami mengandungi pinggan, mangkuk, gelas, sudu dan garpu yang diperbuat dari
plastik. Kami semua akan menyusun pinggan, mangkuk, gelas, sudu dan garpu tadi di
atas meja kami. Kemudian Uncle Wong akan membawa troli makanannya untuk
mengagihkan makan pada kami semua. Diikuti oleh Uncle Siah yang akan menuangkan
air minuman dari cereknya yang besar.
Kelas menjadi riuh seperti kebiasaannya. Mengambil
kesempatan bergurau dengan rakan semeja. Bila Uncle Wong mendekati meja kami,
kami akan duduk tegak. Diam dan sopan menanti Uncle Wong mencedok makanan ke
atas pinggan kami. Jika tidak, Uncle Wong tidak akan memberi kami makanan. Hari
ini kami makan bihun goreng Hailam, bihun yang digoreng berkicap satu hirisan
tebal sengkuang putih bersoskan cili manis dan ditaburkan dengan kacang goreng
tumbuk dan air sirap sebagai minuman. “Thank you, Uncle Wong, Uncle Siah,” Ucapan
yang sering kami lontarkan setelah diajar adab setelah menerima apa jua
pemberian dari orang lain. “Welcome,” ucapan balas yang lazim kedengaran dari
Uncle Wong dengan senyuman yang amat mesra.
Tadika kami tidak mempunyai kantin. Semua makanan ketika
waktu rehat telah disediakan oleh Uncle Wong dan Uncle Yap. Mereka berdua
merupakan tukang masak di tadika kami. Sebab itulah kami dibekalkan (dibeli
semasa pendaftaran masuk) satu beg uncang yang mengandungi pinggan, mangkuk,
gelas, sudu dan garpu. Adakalanya kami di kelas dapat menghidu aroma masakan
mereka berdua. Membuatkan kami adakalanya berteka-teki dengan rakan yang lain
tentang hidangan waktu rehat.
Setelah selesai menikmati juadah rehat kami, kami akan
beratur sambil menatang pinggan, mangkuk, gelas, sudu dan garpu yang digunakan
tadi untuk kami sendiri basuh di sinki yang berada di luar kelas. Setelah dibasuh
kami lapkan semuanya hingga kering dengan kain yang disediakan dan kembali
ke dalam kelas dan menyimpannya semula di dalam beg uncang. Setelah itu, kami akan
berlari berkeliaran ke taman permainan. Bermain jongkang-jongkit atau duduk berayun di
buaian atau bermain papan gelunsur. Aku, Samad, Bachan, Ramli, Hanafi, Chong,
Lee dan Rama bermain gelunsur dan kemudiannya kami bermain ‘kejar-kejar’. Amat
riuh dengan usikan dan jeritan kami semua. Riuh!
Loceng berdering lagi sebanyak dua kali menandakan waktu
rehat tamat. Kami semua akan berbaris berdua-duaan sebelum memasuki kelas
semula. Kelihatan Mrs. Seah, pengetua, memerhatikan kami. Sementara Cikgu
Caroline dan Cikgu Lam mengatur selia kami. Barisan yang sudah teratur akan
memulakan langkah menuju ke kelas masing-masing dengan badan kami yang
masih lekit berpeluh. Bila tiba di kelas, keriuhan masih tidak lagi beransur pergi.
Masih lagi minat berlari-lari di dalam kelas. Mengusik rakan kelas perempuan. Bagi
mereka yang sudah mengalah, sapu tangan dikeluarkan dari kocek lalu mengelap
muka dan leher yang masih lekit berpeluh.
Sunday, May 11, 2014
Aqiqah Peeqa Najra.
Majlis aqiqah Peeqa Najra.
Peeqa Najra.
Sepupu-sepupu dan abang Peeqa.
Dari kiri: Shahin, Nadira, Shahidat, Fardeen (abang) dan Nadeen.
Sepupu yang sebaya, Ryan.
Ryan dengan Umminya.
Marhaban.
Peeqa didukung Mama bersama Wan (duduk paling kanan) dan kumpulan Marhaban.
Turut meraikan hari ulang tahun kelahiran Fardeen bersama sepupu-sepupu, Shahidat dan Nadira.
Dari kiri: Fardeen, Nadeen, Shahidat, Nadira, Haziq, Shahin dan Ryan didukung Umminya.
Korban aqiqah, seekor kambing.
Usai!
Saturday, May 10, 2014
Perkongsian.
mengalaminya
atau
Sama ada kau membantu aku
atau
kau yang mengajarkan aku
erti kehidupan ini.
Mungkin juga sebaliknya!
Tapi bukan bererti aku lebih kenal
kehidupan ini dari sesiapa pun jua.
Thursday, May 1, 2014
Keracunan falsafah.
Difahamkan bahawa 90% rakyat Amerika tidak memiliki pasport. Bermakna mereka tidak pernah keluar dari negara mereka apatah lagi menjejakkan kaki di negara Islam. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Hollywood yang kita ketahui dikuasai oleh Yahudi. Mereka merendahkan reputasi dan memberi tanggapan umum yang amat negatif tentang agama dan orang Islam dalam semua filem antarabangsa mereka.
Apa yang boleh kita lakukan?
Ada seorang pengarah Arab yang cuba membuat satu filem antarabangsa tentang ikon Islam, Salahudin Al-Ayyubi. Beliau berusaha mencari penaja untuk maksud tersebut. Namun sehingga beliau meninggal dunia masih tiada penaja yang bersama beliau. Akhirnya, Hollywood berjaya melaksanakannya dalam filem Kingdom of Heaven. Satu-satunya filem yang memberi kenyataan positif pada agama dan orang Islam ketika babak Salahudin Al-Ayyubi menawan Al-Quds (Baitulmuqaddis).
Hollywood menggunakan begitu banyak filem untuk membina reputasi dan menyentuh isu Yahudi sehingga kita sendiri tersentuh hati. Kita juga ada peristiwa benar yang terjadi dari Perang Badar, Sabra dan Shatilla, penindasan umat Islam di Kashmir hinggalah di Syria kini. Mengapa tiada satu filem antarabangsa dari pengarah atau produser beragama Islam untuk membaiki dan membina reputasi agama dan orang Islam yang telah diracun oleh para pembikin filem Hollywood?
Subscribe to:
Posts (Atom)