Halaman

Sunday, December 15, 2024

Gunung Jerai (2024).

Mendaki Gunung Jerai, 12km dari kaki gunung - pemanduan ke atas lebih kurang 30 minit dengan selekoh-selekoh drift yang mengusarkan.

Pandu kereta dengan bayaran RM5.00/kereta (dianggap bayar letak kereta di bawah). Jika nak naik van ke atas, RM100.00/van, naik dan turun. Boleh memuatkan 10 orang.

Sampai atas, bayaran RM2.00/seorang untuk masuk kawasan resort (The Jerai Hill Resort) dan untuk masuk Jerai SkyView, bayaran RM5.00/seorang.

Friday, December 13, 2024

Raikan Cinta! Qayyum Haikal dan Siti Nurfatihah.

12 Disember 2024 Khamis.

Pukul 10 pagi, naik Penang untuk meraikan cinta anak buah, anak sulung abang kedua aku.

Lebih kurang pukul 4 petang, kami singgah IKEA Batu Kawan. Pertama kali masuk. Menarik, banyak juga kedai lain, Decathlon, stand-alone kat depan sebelum masuk tempat letak kereta. Aku perasan seperti ada A&W juga di luar.

Dalam ada Zus Coffee, Mr. DIY, Mixue, Harvey Norman dan banyak kedai lain. Hebat!

Masuk pulau melalui jambatan kedua dengan bantuan waze menuju ke inapan.


Pukul 6 lebih, kami gerak ke Teluk Kumbar untuk nasi kandar Nathrah. Dah masuk Penang, mestilah pekena nasi kandar!

Kami tiba jam 7 lebih, lauk-pauk baru sampai -panas, panas (masak di tempat lain) namun pelanggan sudah beratur. Ianya hanya seperti kaunter yang menyewa di warung kopi Cina, berdekatan hotel Lexis.

Dalam pada beratur tu, nampaklah bila akak tu menyenduk ayam goreng, tenggiri, bawal, kari sotong, sambal sotong dan telur ikan.. aduhai.. 

Akhirnya aku layan tekak aku bersama sotong dan tenggiri. Bawal dan telur ikan, kau tunggu...!

Dengan keterujaan dan kelaparan, kami melahap tanpa pandang kiri kanan.

13 Disember 2024 Jumaat.

Dari hotel berdekatan 1st Avenue, jalan kaki ke Penang Road Famous Laksa untuk sarap.

Melaksa dulu.. selain tu ada char kuey teow juga. Ikutkan, lorong ni ada deretan kedai makan laksa, char kuey teow cendol dan lain-lain. Kedai Makan Pagi juga ada berdekatan di belakang. Ada sate. Tapi beratur la.

Kalau nak makan roti bakar telur goyang, Hutton Lane, depan lorong ni je. Pun, beratur la.

Pasar Chowrasta yang banyak kedai jual jeruk tu pun, tiga minit jalan kaki dari sini.

Alhamdulillah! Usai majlis pernikahan Qayyum Haikal 💞 Siti Nurfatihah, selamat pengantin baru. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke anak cucu.

 Hari ini, 13 Disember juga merupakan hari lahir Qayyum. Selamat hari lahir dan selamat pengantin baru!

Esok kita santai meraikan pengantin baru!

Hadiah? Settle!👌

14 Disember 2024 Sabtu.

Pukul 1030 pagi, daftar keluar inapan ke Kepala Batas. Perjalanan lancar.

1130 pagi singgah sarap di Deen Mutiara, Sg. Dua. Kemudian meluncur ke majlis persandingan Qayyum

Pengantin dikatakan tiba jam 1230, jadi kita santai tunggu. Nak makan nasi minyak,.masih kenyang dengan sarap tadi.

Disebakan yang lain dah buka tudung saji, kita lahap sekalilah. Rezeki jangan ditolak..

Pengantin dah diarak masuk.

Pengantin lelaki berfoto bersama abahnya, mak tiri dan adik-adik yang lain, Shahin dan Rayan. Shahidat tak turut serta sebab ada paper SPM di Langkawi. Tinggallah dia seorang diri, masak sendiri nasi dengan telur goreng!

Kami dua keluarga, aku dan isteri dan Farin serta keluarganya, dari KL  yang memeriahkan majlis persandingan Qayyum.

Usai pengantin santap beradap, kami dua keluarga mengundur diri. Disebabkan inapan masih belum sedia. Kami singgah untuk cicipan di Asrol Cendol Meriam.
Kuey teow goreng dan cendol jagung! Seterusnya daftar masuk di inapan yang berjarak 6 minit dari sini.