Halaman

Tuesday, March 28, 2023

Sky High - 2023 (7 Episod).


#LayanTV | Sky High (2023).

7 Episod

Dendam itu mahal.
#Netflix

https://youtu.be/AAgy0loDzdA

Sunday, March 26, 2023

Satu Dua : Lima Lima


#LayanTutur | Kekuasaan politik dan kemasyhuran boleh merosakkan penguasa soleh dan adil.
#GabenorKhurasan


Satu Dua : Tiga Enam


#LayanTutur | Keupayaan minda dan proses membuat keputusan seseorang individu akan terjejas apabila dibebani dengan pelbagai maklumat.
#AlvinToffler


Sunday, March 12, 2023

Satu Enam : Tiga Empat


#LayanKondangan | Meraikan cinta pasangan Shahadan 💞Nor Haziqa.

Lama tak layan kenduri kampung.
#liveband #lipanbara

Friday, March 10, 2023

Seratus (2022)

#LayanFilem | Seratus (2022).
Menariknya ramai penampilan khas artis popular dalam filem ini.#

Netfilx

Sunday, February 19, 2023

Dua Kosong : Empat Lima


Kau tenggelam
Dalam ketakutan

Lupa diri sendiri
Melampiaskan amarah

Memperlekehkan
Mereka yang tidak selari
Dengan pemikiran kau

Kau lemas di dalamnya
Mencungap menggapai


Satu Satu : Tiga Lapan


#LayanSahabat | aku, dengan keyakinan tinggi ke KLIA 2. Rupanya dia berlepas dari KLIA 1.

Mudahan dipermudahkan segala ibadahnya.

Monday, February 13, 2023

Kosong Satu : Tiga Sembilan


Hujan dari pagi hingga tengahari sebegini
Membawa aku semula ke Merawan
Arwah Zul (Baboon) dengan RXZ nya
Datang melawat di luang waktu petangnya
Mail Chang yang kerap menyinggah
(Selamat tahun baru Cina, Mail!)
Penyelamat kami dari kebuluran

Dengan hujan masih di luar
Cowboy dengan papan caturnya
Yang menanti pencabarnya
Kitab 52 yang terletak di atas meja
Mengocok kandang atau poker
Dengan gurau senda mereka

Tak lupa juga kelibat hitam
dan putih yang mengusik
Mata merah yang menjegil
Di antara kaca-kaca tingkap

Dengan hujan masih di luar
Lazir Ray masih membongkang
Kelelahan bekerja malam
Aroma Gudang Garam Salleh 
" Wa ingat.. Wa ingat.. " patah tuturnya

Sham Mohammad  dan Waq Sam 
Yang sentiasa lari rumah ke sini
Dengan bas T Hakim atau Alec
Kami pulang bersama-sama

Kawan-kawan yang bertandang
Berlindung dari embun dinihari
Seketika malam, mendakwa hantu galah
Mengintai di belakang rumah

Siapakah yang tumpahkan cat
Dan mencedok tumpahan dengan sudu?
Mengecat dinding dengan berus lukisan!

Bingit deruman motor dan kereta berlumba
Menjadi hiburan malam minggu

Terima kasih Amir yang menjemput kami
Menjadi penghuni rumah Merawan

Yang selalu pemandu teksi mendakwa
Ada wanita yang kerap menahan teksi mereka
Yang berpatah balik di depan rumah ini

Dan tak sangka pula
Jiran kami adalah guru displin sekolah kami

Ada pada satu tahun
Tahun baru Cina yang beriringan
Bersama hari Kekasih
Satu-satunya hari kami berparti
di 'bungalow misteri'
Dengan penghuni asalnya!

Dengan hujan masih di luar
Kami akan bersiap bersama-sama
Ke Holiday Plaza seperti lazimnya
Plaza Corner adalah dapur kami.


Friday, February 10, 2023

Selamat hari lahir Nabila!


Viking Wolf (2022).


#LayanFilem | Viking Wolf (2022)

Kemalangan bas di dalam terowong Nybo. Dikhuatiri seorang maut dan beberapa orang cedera parah. Dipercayai salah seorang penumpang bas adalah serigala jadian.

#Netflix #Norwegian #Thriller

https://youtu.be/4a6zYyL-81s