Halaman

Tuesday, March 24, 2020

Berkunci pintu.

Sementara order aku - dua nasi goreng ayam di mamak Bidayah, KLTS siap, aku berjalan ke 7 Eleven yang berselang lima.kedai berhampiran kedai Eco 2 ringgit.

Nampak budak-budak 7 Eleven melepak atas motor kat luar.
Aku bertanya, "Bukak ke tutup?"
"Tutup bang," jawabnya
"Wah! First time la pintu korang ni 'berkunci' ea," aku membalas.

#covid-19
#perintahkawalanpergerakan

Sunday, March 1, 2020

Janda baik punya...

Musim wabak penyakit, kita parking kat sini.

 Sarap di Restoran Kopi Ladang.

 


Lepas minum, usha ladang kopi sebelah restoran.

Pastu singgah lak kena kopi kat sini...

Cozy gak lepak sini kena kopi Banjaran. Dengar suara hutan.


Kita ronda Fig Farm Malaysia... 

Di pintu masuk ada souvenir shop yang jual pelbagai produk hasil buah syurga ni dengan hasil madu. Masuk percuma.

Dalam leka kat ladang ni, dah nak kul 12:00 tengahari. Gerak balik 101 Resort & Spa (d'Ark Resort dulunya) untuk check-out.

Saturday, February 29, 2020

Lemang Toki.

Sebelum ke 101 Resort & Spa, Janda Baik - port makan tengahari di sini, #lemangtoki, Bentong.

Lemang dengan rendang ayam. Lemang memang lembut, rendang ayam pun sedap. Selain itu, kena gak ayam bakar dengan air asam (mabeles). Dengar kata, air asam ini akan dikomersialkan. Jadi mudahlah nak dapati di mana-mana kelak. Santeekk....!

Kena sepinggan nasi putih, kuah gulai ikan masin dan terung berulam petai. Air tembikai. Sempoi..!


Thursday, January 30, 2020

Terjebak!

Dalam pada kau dalam perjalanan untuk melakukan atau sedang melakukan perkara yang tak baik, berlaku pula perkara yang tak baik menimpa kau.

Adakah kau rasa perkara baik yang pernah kau lakukan dapat memperbaiki keadaan?

Monday, December 16, 2019

Santap Pagi.

Kita layan sarap pagi dengan roti canai lauk kari ayam - Gemas Road, Pulau Pinang.

Sunday, December 15, 2019

24km, 50 minit.

Dari Esplanade, kitaorang gerak ke Batu Ferringhi saja nak usha apa perubahan yang ada. Dulu seingat aku ada kedai-kedai di tepi jalan dari hotel Parkroyal menyusur ke bawah The Ship.

Sejak ada Hard Rock hotel, HRC, di situ, aku belum jejak kaki lagi di Penang.

Bila sampai di situ, ya, kedai-kedai yang jual cenderamata masih ada lagi bersusun. Manusia belum ramai lagi menjengah. Ada tanda-tanda pembangunan baru di kawasan situ juga, bila banyak restoran - kafe - bistro sudah tiada banyak lagi. Banyak restoran makanan Arab.

Dalam mencari parking, kitaorang melewati hotel Hard Rock. Kitaorang park je kereta di tepi jalan seperti mereka yang lain... Hehehe...

Sini ada tiga Rock Shop, satu di lobi hotel, dalam kafe dan di hujung premis, Rock Shop yang paling besar.

Semasa di Rock Shop dalam kafe, brader DJ ni buat announcement, boleh dapat harga 50% untuk pembelian merchandise kedua semasa band break buat show.

Aku tanya kat staff, "live band start kul baper?"

"Start 10:30... break 11:30 tapi promosi ni hanya beli tuk sini sahaja (Rock Shop kafe) sebab time break, Rock Shop lain dah tutup.

Uishh.. lama lagi tapi merchandise di kafe tak banyak....

Sunday, December 1, 2019

Jenjalan Penang.



Selepas menjenguk Penang Art street kitaorang berjalan kaki ke Esplanade, 15 minit jalan pelan-pelan la, untuk menjamah Mi Sotong Hameed Pata,.RM5.00 sepinggan.

Ais kepal - perisa mixed, RM3.00 dinikmati bersama ngan lebah manisan.

Dalam perjalanan, sempat ambil gambar di depan Food Wonderland, tak masuk pun.

Tempat simple yang menghimpunkan beberapa gerai makanan yang sempoi baq hang. Mereka kata sini lebih baik rasa dan harga makanannya dari Padang Kota Lama, beberapa meter di belakangnya.

Untuk pesan mi sotong, haruslah kena beratur panjang bhai..


Friday, November 22, 2019

Tidak selayaknya.

Sendirian menapak
mendaki tangga batu
Aku mengimpikan
Berpimpinan tangan
menaiki eskalator
tegak dan lurus
Malangnya,
mereka berkumpul
menanti lif
menaik lebih tinggi.

Malangnya,
Aki tidak miliki kad akses.

Tuesday, November 19, 2019

Raikan kecemerlangan.

Awal pagi Syabil sudah bersiap hendak ke.sekolah kerana Majlis Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Gombak (1).

Heboh dia berpesan supaya aku segera hadir ke majlis sebab nak suruh aku ambil gambar persembahannya. Hahahaha... Syabil.. Syabil!

Syabil menyertai persembahan tarian tradisional.

Syabil dalam peraembahan choral speaking.

Menerima anugerah kecemerlangan terbaik dalam kelas tahun 5 dan kecemerlangan terbaik dalam aliran tahun 5.
Sijil anugerah kecemerlangan terbaik dalam kelas tahun 5 (5 Arif).

Sijil anugerah kecemerlangan terbaik dalam aliran tahun 5 (5 Arif).

Syabas dan tahniah buat nanda Muhammad Syabil Khalil!


Saturday, November 9, 2019

Majlis Apresiasi Tabika Kemas 2019

Meraikan Syifa di Majlis Apresiasi Tabika Kemas Parlimen Wangsa 7 November 2019 di Kampung Pengantin.


Hujung-hujung, akhirnya ada rezeki menang cabutan bertuah.

Tahniah buat anakanda Syifa yang akan melangkah maju dengan keyakinan dan ketabahannya dalam mengharungi kehidupan.