Halaman

Tuesday, December 1, 2015

Tiada milik kita.

Ibu berpesan,
"Belajar pandai-pandai. Jadi orang besar, gaji besar. Ada kereta dan rumah besar."

Itu harapan ibu pada semua anak-anaknya.

Dan Allah itu sentiasa sahaja mencukupkan rezeki hamba-hamba-Nya, cukup dengan kemurahan dan ujian.

Tetapi segelintir kita masih memandang rendah dan hasad dengan saudara kita yang lain. Yang berusaha bertebaran di bumi Allah untuk mencari rezeki dan rahmat-Nya.

Memang ajal telah ditakdirkan.

Akan ramailah peniaga Melayu menjual vape yang kelak membunuh orang Melayu.

Saturday, November 21, 2015

Thursday, November 19, 2015

Membentak biar mengikut rentak.

Intainya melalui lubang jarum. Ceritanya berdegar-degar lantai.

Macamlah boleh melihat belakang cuping sendiri.

Tuesday, November 17, 2015

Ke bucu sudut didesaknya.

Ketika kau tidak ingin terbabit dalam satu pertelingkahan, akan datanglah sesuatu yang akan menyakiti hatimu. Sehingga kau melampaui dalam pertelingkahan itu.

Monday, November 16, 2015

Sunday, October 11, 2015

Di sebalik sebalik senario.

Pemain sentiasa berada di gelanggang. Begitu juga penonton.
Pemain mahukan perhatian. Penonton berikan perhatian.
Penonton sentiasa berada di kalangan pemain.
"Juga boleh jadi pemain".

Sunday, September 6, 2015

Atas bawah sama sahaja.




Benarkah hidup kita seperti roda? Jika ada orang yang berada dia atas kita dan kita di bawah, apa salahnya? Seperti kita menaiki ferris wheel? Bagaimana apakala kita di atas, hujan pula turun mencurah dan petir pula sabung-menyabung?

Bila hidup dikaitkan seperti roda, pastinya roda itu bergerak dan berputar. Adakah kita mengharapkan daya lain untuk menggerakkan roda itu berputar agar kita yang di bawah akan berada di atas lalu mentertawakan mereka yang dahulunya di atas, kini di bawah?

Apabila orang yang berada di atas jatuh ke bawah, sanggupkah kita menaiki ke atas atau sekurang-kurangnya kita mengatakan bahawa aku sudah di atas kamu? Bukankah sepatutnya kita menarik semula ke atas bersama kita?

Kenapa kita perlu menyemai kebencian dalam diri pada orang lain?

Kelebihan dia, kekurangan kita. Kelebihan kita, kekurangan dia. Sama sahaja arasnya. Di dunia, segala yang 'atas dan bawah' hanyalah ujian-Nya. Nah! Jika sudah tahu mengapa perlu dipersoalkan?

Bukankah qada' dan qadar sebahagian daripada rukun iman - ianya juga paling bawah. Berusaha untuk mengubah nasib, sama ada berjaya atau gagal. Berjaya tidak semestinya terbang di atas. Gagal juga tidak semestinya jatuh tersembam.

Rezeki memang sudah Allah aturkan, bahkan seluruh kehidupan kita. Semenjak roh ditiup pada usia empat bulan dalam kandungan. Carilah apa sahaja yang kita inginkan (ikhtiar dan tawakal) di dunia tapi jangan sesekali menjual agama.

Hanya manusia yang berhasad dengki/dendam/benci berpegang bahawa hidup seperti roda.