Halaman

Sunday, September 6, 2015

Atas bawah sama sahaja.




Benarkah hidup kita seperti roda? Jika ada orang yang berada dia atas kita dan kita di bawah, apa salahnya? Seperti kita menaiki ferris wheel? Bagaimana apakala kita di atas, hujan pula turun mencurah dan petir pula sabung-menyabung?

Bila hidup dikaitkan seperti roda, pastinya roda itu bergerak dan berputar. Adakah kita mengharapkan daya lain untuk menggerakkan roda itu berputar agar kita yang di bawah akan berada di atas lalu mentertawakan mereka yang dahulunya di atas, kini di bawah?

Apabila orang yang berada di atas jatuh ke bawah, sanggupkah kita menaiki ke atas atau sekurang-kurangnya kita mengatakan bahawa aku sudah di atas kamu? Bukankah sepatutnya kita menarik semula ke atas bersama kita?

Kenapa kita perlu menyemai kebencian dalam diri pada orang lain?

Kelebihan dia, kekurangan kita. Kelebihan kita, kekurangan dia. Sama sahaja arasnya. Di dunia, segala yang 'atas dan bawah' hanyalah ujian-Nya. Nah! Jika sudah tahu mengapa perlu dipersoalkan?

Bukankah qada' dan qadar sebahagian daripada rukun iman - ianya juga paling bawah. Berusaha untuk mengubah nasib, sama ada berjaya atau gagal. Berjaya tidak semestinya terbang di atas. Gagal juga tidak semestinya jatuh tersembam.

Rezeki memang sudah Allah aturkan, bahkan seluruh kehidupan kita. Semenjak roh ditiup pada usia empat bulan dalam kandungan. Carilah apa sahaja yang kita inginkan (ikhtiar dan tawakal) di dunia tapi jangan sesekali menjual agama.

Hanya manusia yang berhasad dengki/dendam/benci berpegang bahawa hidup seperti roda.






Wednesday, August 26, 2015

Thursday, August 20, 2015

Hujan jam sebelas pagi.


Ruang damai - keseorangan berhujan di bawah rumah beratapkan zink.
Termangu di jendela menghamburkan asap rokok yang turut menari bersama deru hujan.
Jadikanlah hujan ini bermanfaat.

Dari Stesen KL Sentral ke Stesen Setiawangsa.


Bukan kita tidak gemar membaca. Cuma orang kita lebih gemar 'membaca' kehidupan. Mata mereka meliar mencari subjek untuk dibaca. Ada yang bermenung jauh membaca awal kehidupan. Ada juga yang khusyuk membaca hari mendatang. Mereka yang lelap juga sedang membaca. Membaca tuntutan diri sendiri.

Gopoh mengejar waktu.


Aku kelewatan. Hujan mulai rintik. Bila tiba di tempat temujanji, aku berlari anak meredah hujan yang sudah lebat. Sukar untuk mencari tempat letak kereta di kawasan pusat perniagaan. Penuh! Parkir agak jauh.
Bila tiba di premis pelanggan, kakitangan mengatakan majikan masih belum pulang. Melihat jam, aku lewat lima minit. Tiba-tiba pekerja lelakinya menghulurkan telefon.
"Maaf saya masih dalam kesesakan. Kita jumpa esok. Waktu yang sama," suara dalam talian membuatkan aku menjawab pendek dan mengalah.
Bukan mudah hendak mengambil wang dari poket orang.

Wednesday, August 19, 2015

Mencari Jawapan.


Fikirkan!
cari jawapan
adakala jawapan yang disogokkan
ada helahnya
usah telan bulat-bulat

Jawapan ada pelbagai
datangnya juga dari
pelbagai arah

Gerakkan minda
bukan berfikir
 di luar kotak
sepatutnya
berfikir tanpa
kotak

Ia umpama
menyelesaikan masalah
ilmu kira-kira
mencabar
dan menyeronokkan.

Mercyful Fate & King Diamond - Sao Paulo, Brasil 24/08/1996



 photo TheEvil.png