Halaman

Saturday, January 2, 2021

Lapan lima puluh lapan malam.

Aku boleh membalas dendam tapi aku lebih gemar falsafah membalas budi.

Enam empat puluh lima petang.

Sekian lama tak naik bas ke JB. Hari ini naik bas pukul 130 tengahari dari TBS.

Sampai Larkin Sentral, aku terjah Plaza Larkin nak pekena asam pedas tapi sudah habis pula. Nak tutup gak tu. PKP tutup awal laa...

Lari pergi Kg Melayu..

Hujan renyai-renyai tak benti-benti. Dorang cakap JB dah berhujan 2 hari on the row. Ada beberapa tempat dah banjir.

Ini kira merarau la..
Bas pun benti isi minyak je tadi. 

Sunday, December 27, 2020

Tiga setengah petang.

Meraikan cinta pasangan pengantin adik sepupu isteri, Farah dan Kamil di Dewan Cornerstone IPC, Selangor Dredging, Jalan Ampang, KL.

Mudahan berbahagia hingga ke Jannah.

Thursday, December 10, 2020

Dua lima puluh lapan pagi.

Katanya bekerja umtuk mencari sesuap nasi tetapi janganlah sampai tak sempat nak menyuap sesuap nasi.

Monday, December 7, 2020

Satu lima puluh lima pagi.

Keberanian seorang lelaki hendaklah lebih tinggi daripada gunung.

Kesetiaan seorang wanita hendaklah lebih dalam daripada lautan.

Thursday, November 26, 2020

Enam tiga puluh petang.


Si Cheq datang untuk buat follow-up dengan doktornya esok. Bawak mak sekali dari Jay Bee. 

Dorang menyinggah sini makan...


De.Wan 1958 by Chef Wan
www.dewan.space

Dua belas lima puluh lapan tengahari.

Bomba minta surat kebenaran wakil, surat kuasa dari syarikat untuk kau ambil dokumen sokongan. Bukan surat kebenaran bekerja dalam tempoh PKPB. Orang opis kau pun macam tak faham bila pegawai terangkan thru telefon.

Orang lain pun beratur nak selesaikan urusan. Bukan kau sorang jer datang dari jauh. Lagi kau nak bertegang leher dengan pegawai. Dia buat kerja dia. Dia kena menjawab kalau dia lepaskan sokongan tanpa surat kebenaran wakil kau tu. Kau tahu nak senang jer. 

#bikinpanaslakauni