Wednesday, October 13, 2010
Saturday, October 2, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Pengganti diri.
Sehari sebelum raya, telefon bimbit kerap berbunyi menerima pesanan ringkas. Belum sempat habis baca pesanan yang diterima, masuk lagi pesanan lain. Kita pula senyum sendirian terusik dengan kelucuan pesanan ringkas ucapan hari raya yang dikirim. Kemudian kita pula membalas dengan menggunakan pesanan ringkas yang diterima dari saudara-mara atau kawan-kawan. Tidak kurang juga yang mencipta ungkapan hari raya tersendiri untuk menghantar atau membalas pesanan ringkas. Di akhir ungkapan tercatat nama pengirim.
Sudah menjadi budaya terkini, amalan kiriman kad hari raya sudah terpinggir. Selain kos, berapa ramai antara kita yang mencatat dan menyimpan alamat kediaman saudara-mara dan sahabat –handai. Malah tidak semua nombor telefon bimbit mereka terhafal oleh kita, semuanya bergantung melalui nama dari buku telefon di telefon bimbit.
Tidak termasuk lagi rakan yang sekadar kenalan. Kenalan melalui internet, memadai menghantar melalui email, twitter atau laman-laman sosial yang dimiliki. Amat mudah! Kerana ingatan terhadap mereka yang menjadi kepentingan, kita cuma menggunakan kemudahan teknologi sebagai medium menghantar ucapan.
Aku juga ada terima pelbagai ucapan hari raya melalui telefon bimbit. Terima kasih!
Satu daripadanya amat unik dan yang pertama kali aku terima.
Sudah menjadi budaya terkini, amalan kiriman kad hari raya sudah terpinggir. Selain kos, berapa ramai antara kita yang mencatat dan menyimpan alamat kediaman saudara-mara dan sahabat –handai. Malah tidak semua nombor telefon bimbit mereka terhafal oleh kita, semuanya bergantung melalui nama dari buku telefon di telefon bimbit.
Tidak termasuk lagi rakan yang sekadar kenalan. Kenalan melalui internet, memadai menghantar melalui email, twitter atau laman-laman sosial yang dimiliki. Amat mudah! Kerana ingatan terhadap mereka yang menjadi kepentingan, kita cuma menggunakan kemudahan teknologi sebagai medium menghantar ucapan.
Aku juga ada terima pelbagai ucapan hari raya melalui telefon bimbit. Terima kasih!
Satu daripadanya amat unik dan yang pertama kali aku terima.
Arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batinSalah silap njalok ngapuro
Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo guloWes suwi orak ngomong jowo
Dino royo njalok ngapuroBuko poso lawuh’e gereh
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputan seng akeh akeh.. yo..!
Bahasa Melayu,
Simpan dodol dalam tin
Hendak dibawa pergi surau
Maafkan saya zahir batin
Salah dan silap minta dimaafkanBudak kecil makan nasi
Nasi dimakan dengan gula
Sudah lama tak cakap Jawa
Hari raya mohon kemaafan
Friday, September 10, 2010
Menghitung hari.
Ada antara kita yang menghitung hari di dalam bulan Ramadhan. Tidak diketahuilah maksud sebenar kita menghitung. Jika di bulan-bulan lain ada antara kita yang tidak mempedulikan langsung perjalanan hari, baik di dalam bulan Safar, Syaaban atau bulan-bulan lain dalam taqwim Islam. Tapi bila tiba sahaja Ramadhan, kita akan mengira sudah berapa hari kita berpuasa atau berapa Ramadhankah hari ini.
Adakah kita menghitung hari ketibaan 1 Syawal? Agar dapat mencatur persiapan meraikan kemenangan, sedangkan perjuangan dalam Ramadhan belum selesai. Kita tahukah samada kita beroleh kejayaan atau tidak?
Atau,
Adakah kita menghitung kedatangan malam rahmat Lailatul Qadar, supaya kita tidak terlepas untuk menyertai Qiamulail di masjid? Bersungguhkah kita bersedia berjaga malam untuk melakukan solat tahajud atau solat hajat?
Atau,
Mengira berapa hari lagi yang perlu ditempuh agar rutin kehidupan makan tengahari kita kembali seperti biasa?
Sedangkan,
Ada antara kita yang mengharapkan Ramadhan seperti sepanjang tahun, tidak mahu Ramadhan itu berlalu meninggalkan kita.
Mengapa tidak boleh kita laksanakan sahaja wajib puasa itu tanpa mengira hari-hari dalam Ramadhan?
Namun,
Sudah ketentuanNya, kita wajib berpuasa sepanjang Ramadhan dan menyambut Aidil Fitri pada 1 Syawal.
Siapa yang boleh menafikan?
(tapi ada juga manusia yang memandai-mandai menyambut Aidil Fitri lebih awal)
Oleh itu,
Aku mengucapkan kepada semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Maaf Zahir dan Batin
Aku mohon kemaafaan atas semua kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan pada kalian.
Wednesday, September 1, 2010
7 tangkai padi untuk Huminodun.
“Selagi beras menjadi makanan rugi, sawah padi ini harus terus mengeluarkan hasil. Siapa tahu sepuluh tahun lagi kita akan mampu menduga kitaran alam. Kita akan dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi.“ Pujuk Ketua Kampung. Dia juga malu pada diri kerana hanya perlu menunggu wang sewaan tanah sawah.
Baca lagi...
Baca lagi...
Tuesday, August 31, 2010
Terima kasih.
M
e
r
d
e
k
a
!!!!!
Selamat meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53.
Tidak mengapalah kalau ada warga yang memperkatakan atau mempertikaikan erti kemerdekaan.
Begitu juga apa yang telah disumbangkan pada negara.
Mereka manusia yang terpilih.
Aku tidak kisah!
Aku lahir selepas merdeka, jadi apa yang aku tahu tentang kemerdekaan...
Terus terang, aku tidak tahu apa-apa!
Cukuplah hidup aku aman damai dan harmoni dalam negara yang mengibarkan
Jalur Gemilang!
Jutaan terima kasih pada mereka yang telah berkorban
jiwa raga untuk kesenangan aku hari ini.
Terima kasih!
Aku boleh
makan, minum,
cari duit,
bayar bil itu ini.
boleh berkawan dengan sesiapa sahaja,
aku boleh borak-borak kosong
di restoran mamak sehingga 3 pagi.
boleh
hantar anak ke sekolah,
pandu kereta ke mana jua aku suka
asalkan tidak diredah jalan sehala.
Pendek kata malah panjang pun kata,
Aku bebas melakukan apa sahaja
Siapa yang hendak marah
bila aku layan lagu King Diamond
Siapa yang hendak larang bila
aku main snuker sampai dari malam hingga ke pagi
Siapa yang hendak halang
bila aku ke kelab lumba kuda
Siapa yang hendak tegur
bila aku beratur di kedai empat nombor ekor
nasib baiklah aku bukan kaki disko
atau kelab malam
pergi karaoke pun boleh lelap
tiada siapa pun jaki
Kesimpulannya, lakukanlah apa sahaja yang hendak dilaksanakan.
dan sentiasalah
Tuesday, August 24, 2010
Ramadhan ini, kau pulanglah.
“Habis, kaufikir kau tak pergi belajar ke luar negara tu aku tak malu? Kau nak orang kampung ni mengumpat aku? Mengata aku? Miskin sangatkah aku ni? Tanah tu pun bukan boleh dibawa mati!” Bentakmu sehingga tersembul urat di sebalik kulit leher kedutmu. Marah yang bukan main-main.
Baca lagi...
Baca lagi...
Sunday, August 22, 2010
Kain ela murah.
Memerlukan duit?
Bekerja, berurusan dan bekhidmat. Perolehi gaji di hujung bulan. Itulah duit. Membayar segala penggunaan. Menghapuskan hutang di pinggang. Menyambung kelangsungan hidup. Lumrah manusia. Ada yang gemar. Membanting tulang empat kerat. Berkeringat di bawah matahari. Membiarkan kulit berbahang terik. Dingin dengan aliran peluh yang disapa bayu. Mencari duit sehalalnya.
Berurusniaga jual beli. Keuntungan diraih. Rugi dielak. Timbangan jangan ditipu. Jangan menjual ikan di laut. Biarpun bermodal air liur. Ikhlas itu rahsianya. Waspada pada janji. Syaitan menanti untuk dimungkiri.
Mencari duit. Untuk diri sendiri. Untuk mereka yang tersayang. Untuk melaksanakan tanggungjawab atau membantu pendapatan. Memberi keselesaan pada kehidupan. Bukan membahagiakan. Cuma bisa buat senyum meleret. Bila poket berkepuk dengan kertas. Kertas yang punya harga diri.
Lapan jam bekerja. Dicari lagi ruang waktu yang bersisa. Bengkak mata tidak mengapa. Letih lesu tiada apa. Tanda usaha wartanya. Merungut tidak tercakup waktu yang ada. Tiap minit benar emas dianggapnya. Hingga lalai mohon kesempatan masa sujud padaNya. Tapi mohon masa sempat mengejar duit, kiranya.
Bertimbun mengunung. Nasi bersuap sepinggan juga. Harapnya, makin panjang dipanjatkan syukur. Dilimpahi rahmat dan berkat. Zakat dan sedekah satu kelaziman. Menjadikan tangan berada di atas. Kerana ada hak yang lain pada kita.
Jangan hanya huluran semata. Bukan sandaran membina nama. Pimpinlah mereka mendaki bersama. Menggerakkan akal untuk berputar. Bukan sebagai putar alam atau putar belit. Seka keringat memercik di dahi. Agar mereka lebih menghargai. Setitik yang menitik di buminya. Hanya Dia yang membalasnya.
Gudang di darat, kapal di laut. Termuat muatan bertukar menjadi duit. Asal barang menjadi duit. Falsafah jalanan digenggamnya. Kering hatinya pada penderitaan yang ditindas. Hitam sahaja warna hidupnya. Berbahak ketawa bertemankan syaitan bertanduk sembilan.
Ada yang lalai dan leka. Diri diperhamba dengan sengaja. Matahari dan bulan adalah sama. Kasih sayang dan rahmat. Lenyap di awangan waktu. Nipis dan ringan. Bila nyawa di penghujung kerongkong. Mata meliar dada berombak. Rusuh pintu taubat tertutup. Atau gusar duit yang ditinggalkan. Akibat tamak dan bakhil. Material jadi junjungan. Kekayaan menjadi kiblat. Duit dijadikan tuhan.
Bila malaikat maut datang berkunjung. Tiada sesen boleh dibayar untuk melengahkan. Masa tiada harganya. Laksanalah takdir tertulis. Berkapanlah dengan kain putih. Kain putih yang tidak berjahit tepi. Berharga cuma dua ringgit lapan puluh sen seela tiga inci. Itulah duit yang dikebumikan bersama.
Masih memerlukan banyak duit?
Subscribe to:
Posts (Atom)




