Halaman

Friday, September 10, 2010

Menghitung hari.


Ada antara kita yang menghitung hari di dalam bulan Ramadhan. Tidak diketahuilah maksud sebenar kita menghitung. Jika di bulan-bulan lain ada antara kita yang tidak mempedulikan langsung perjalanan hari, baik di dalam bulan Safar, Syaaban atau bulan-bulan lain dalam taqwim Islam. Tapi bila tiba sahaja Ramadhan, kita akan mengira sudah berapa hari kita berpuasa atau berapa Ramadhankah hari ini.

Adakah kita menghitung hari ketibaan 1 Syawal? Agar dapat mencatur persiapan meraikan kemenangan, sedangkan perjuangan dalam Ramadhan belum selesai. Kita tahukah samada kita beroleh kejayaan atau tidak?

Atau,

Adakah kita menghitung kedatangan malam rahmat Lailatul Qadar, supaya kita tidak terlepas untuk menyertai Qiamulail di masjid? Bersungguhkah kita bersedia berjaga malam untuk melakukan solat tahajud atau solat hajat?

Atau,

Mengira berapa hari lagi yang perlu ditempuh agar rutin kehidupan makan tengahari kita kembali seperti biasa?

Sedangkan,

Ada antara kita yang mengharapkan Ramadhan seperti sepanjang tahun, tidak mahu Ramadhan itu berlalu meninggalkan kita.

Mengapa tidak boleh kita laksanakan sahaja wajib puasa itu tanpa mengira hari-hari dalam Ramadhan?

Namun,

Sudah ketentuanNya, kita wajib berpuasa sepanjang Ramadhan dan menyambut Aidil Fitri pada 1 Syawal.

Siapa yang boleh menafikan?

(tapi ada juga manusia yang memandai-mandai menyambut Aidil Fitri lebih awal)

Oleh itu,

Aku mengucapkan kepada semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Maaf Zahir dan Batin

Aku mohon kemaafaan atas semua kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan pada kalian.



blog

1 comment:

  1. salam aidilfitri,

    moga dapat meneruskan amalan berpuasa diaidilfitri ini.

    ReplyDelete