Halaman

Tuesday, June 5, 2018

Melepasi simpang, lajak jauh.

Khayal mengaturkan jalan kerja esok hari dalam kepala, aku terlepas simpang untuk ke Gombak.

Lajak terus menyusuri Jalan Kuching dan masuk menyusur jalan Tun Razak.

Selepaa melepasi bulatan Pahang depan KPJ Tawakkal, melalui cermin belakang kereta kelihatan sebuah kereta dengan nyalaan lampu tinggi memandu agak laju

Dia memotong laju di lorong kanan dan hampir melanggar kereta di hadapannya dan secara tiba- tiba mencelah ke lorong tengah di hadapan kereta aku.

Tiba-tiba dia memperlahankan kelajuan keretanya. Aku turut memperlahankan kelajuan kereta. Menurunkan ke gear tiga dan aku memerhatikan kereta jenis Toyota sedan itu sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Tak tahu aku kenapa.

Beberapa kereta yang lain juga memperlahankan pemanduan. Tidak mahu bersaingan. Bimbang!

Dia meneruskan perjalanan ke arah jalan Genting Klang. Aku menyusur keluar memasuki jalan Gombak.

Hilang ngantuk aku!

No comments:

Post a Comment