Supir sedia menanti menjemput kami di Bandar Udara Internasional Lombok lalu membawa kami untuk makan malam di Lecehan Taliwang Irama, Taliwang - ayam bakar Taliwang yang terkenal, tuturnya.
Satu jam pemanduan dari bandar udara. Tidak jauh sebenarnya, kurang
lebih 35km - tapi rata-rata mereka di sini memandu pada kadar kelajuan
40 - 60km/j. Walaupun jalan raya lenggang. Bukan kerana jalan raya tidak
dilimpahi lampu jalan tika waktu malam. Sememangnya mereka berkongsi
guna jalan raya dan tidak mementingkan diri sendiri.
Begitu juga pengalaman aku tika di Jogja, Jepara, Semarang
dan Bandung. Abaikan angkutan kota! - itupun tidaklah selaju mana tapi
dari saiznya, mereka memang cekap.
Selepas santap malam,
langsung kami di hantar ke inapan di Jalan Senggili. Yang menariknya,
ada banyak 'Kodacan' di tepi-tepi jalan yang dikunjung ramai orang
terutama yang menaiki sepeda.
Kodacan - Kopi Dagang Cantik. Dikatakan begitu kerana cewek yang menjadi pedagang kopi di pinggir jalan. Aman. Amat aman!
No comments:
Post a Comment