Halaman

Wednesday, August 26, 2015

Thursday, August 20, 2015

Hujan jam sebelas pagi.


Ruang damai - keseorangan berhujan di bawah rumah beratapkan zink.
Termangu di jendela menghamburkan asap rokok yang turut menari bersama deru hujan.
Jadikanlah hujan ini bermanfaat.

Dari Stesen KL Sentral ke Stesen Setiawangsa.


Bukan kita tidak gemar membaca. Cuma orang kita lebih gemar 'membaca' kehidupan. Mata mereka meliar mencari subjek untuk dibaca. Ada yang bermenung jauh membaca awal kehidupan. Ada juga yang khusyuk membaca hari mendatang. Mereka yang lelap juga sedang membaca. Membaca tuntutan diri sendiri.

Gopoh mengejar waktu.


Aku kelewatan. Hujan mulai rintik. Bila tiba di tempat temujanji, aku berlari anak meredah hujan yang sudah lebat. Sukar untuk mencari tempat letak kereta di kawasan pusat perniagaan. Penuh! Parkir agak jauh.
Bila tiba di premis pelanggan, kakitangan mengatakan majikan masih belum pulang. Melihat jam, aku lewat lima minit. Tiba-tiba pekerja lelakinya menghulurkan telefon.
"Maaf saya masih dalam kesesakan. Kita jumpa esok. Waktu yang sama," suara dalam talian membuatkan aku menjawab pendek dan mengalah.
Bukan mudah hendak mengambil wang dari poket orang.

Wednesday, August 19, 2015

Mencari Jawapan.


Fikirkan!
cari jawapan
adakala jawapan yang disogokkan
ada helahnya
usah telan bulat-bulat

Jawapan ada pelbagai
datangnya juga dari
pelbagai arah

Gerakkan minda
bukan berfikir
 di luar kotak
sepatutnya
berfikir tanpa
kotak

Ia umpama
menyelesaikan masalah
ilmu kira-kira
mencabar
dan menyeronokkan.

Mercyful Fate & King Diamond - Sao Paulo, Brasil 24/08/1996



 photo TheEvil.png

Tuesday, August 18, 2015

Sepinggan rojak dan semangkuk cendol.


Darahku menjadi rezekimu
Kuhembus lembut
Kau tetap di situ menghinggap
Leka dengan santapan
Kau kutepuk lembut
Ajalmu datang tika
Menyantap darah
Berbintat merah lenganku
Bisa berlaku padaku kelak!

Monday, August 17, 2015

Rokok hanya tinggal sebatang di dalam kotak.


Aku tidak bangun dengan kemarahan dan dendam.
Aku akan bangun dengan kasih sayang dan harapan untuk masa hadapan.

Saturday, August 15, 2015

Berfikir itu baik tapi mengambil keputusan bersama itu lebih baik!


Tenang menerima panggilan telefonnya. Diminta untuk bertemu di kedai kopi berdekatan. Tenang mempersiapkan diri lalu keluar dari rumah dan berjalan kaki menuju ke kedai kopi yang dimaksudkan. Tenang berjalan kaki sambil menikmati udara pinggir kota.

Kelihatan Gundah sedang duduk sambil menatap menu. Salam diberi dan salam berjawab. Tenang menarik kerusi, duduk sambil memerhati Gundah yang tersenyum. Tapi Tenang tidak menikmati senyuman sahabatnya itu seperti lazimnya. Menyedari air muka Tenang tidak memberi reaksi, lalu  Gundah memanggil pelayan, melayan pesanan sahabatnya, Tenang.
Setelah pesanan minuman dan makanan dihidangkan atas meja bulat yang kecil. Gundah kelihatan masih mencari ayat yang sesuai untuk melampiaskan segala gundah di dada. Tenang tetap tenang menanti. Membiarkan Gundah mencari ruang yang selesa untuk bercerita.

Akhirnya,

"Tenang, saya ingin meminjam daripada kamu wang untuk melangsaikan segala permasalahanku," mula bicara Gundah dengan nada yang rendah. Nada yang penuh pengharapan. "Apa masalah yang melanda dan  kamu secara tiba-tiba memohon bantuanku," Tenang bertanya dengan ketenangan hati. Seperti tenangnya air kopi hitam pekat di dalam cawan di hadapannya.

Bro! Ini bukan cerpen! Straight to the point lah!

Gundah kemalangan. Remuk teksi bahagian hadapan. Kereta tunda datang bawa teksi ke bengkel. Selesai. Bengkel memberi anggaran dalam lingkungan dua ribu dua ratus. Gundah setuju! Selepas enam hari teksi dalam bengkel, teksi siap. Gundah ke bengkel. Tetapi bila dilihatnya invois bayaran, harganya jadi tiga ribu empat ratus. Dalam poket Gundah ada dua ribu tiga ratus. Gundah terperanjat sebab harganya berbeza. Setelah diberi penjelasan oleh orang bengkel, Gundah tiada pilihan. Dalam hatinya berasa tertipu. Tetapi Gundah amat memerlukan teksinya untuk mencari makan sara keluarga. Gundah bungkam!

Dalam kegundahan, Gundah membuat keputusan untuk meminjam daripada ceti haram. Gundah meminjam seribu lima ratus. Perlu dibayar balik seratus ringgit sehari selama tiga puluh hari. Kamera digital dan telefon pintar diambil sebagai cagaran ketika ceti haram memeriksa kediaman Gundah.
Gundah fikir dia sudah dapat mengatasi masalahnya. Setakat seratus ringgit sehari Gundah boleh usahakan. Dalam hati Gundah sudah ada wajah kelegaan.

Lima hari berlalu, tiada masalah. Gundah dapat melunaskannya dengan baik. Gundah sibuk menghantar penumpangnya ke sana ke mari. Telefon Gundah berdering ketika sedang memandu penumpangnya ke KLCC. Gundah membiarkan sahaja. Tiga kali telefon Gundah berdering namun Gundah tetap tidak menjawab kerana sedang memandu.

Setelah penumpang turun di KLCC, Gundah menelefon semula pemanggilnya. Pemanggil itu adalah ceti haram yang meminjamkan duit, lalu menuduh Gundah hendak melarikan diri kerana tidak mahu menjawab panggilan walau puas Gundah memberikan sebab dan alasan. Tidak dihiraukannya, malangnya kerana sebab itu, ceti haram mengenakan tambahan hutang sebanyak seribu lima ratus atas baki hutang yang ada. Bila dihitungnya, sudah menjadi empat ribu! Hati Gundah membara!

Disebabkan tidak berpuas hati, Gundah membiarkan tiga hari berlalu tanpa membayar hutang yang sepatutnya dijelaskan. Namun dalam hati Gundah makin tebal rasa cemas, bimbang diapa-apakan oleh ceti haram. Lagi-lagi ketika dia bersama penumpang. Lebih mencemaskan, bila memikirkan isterinya atau anak-anaknya yang menerima kesan dari perbuatannya.

Terasa hendak pecah jantung Gundah bila pulang ke rumah semalam, dua orang ceti haram berada di dalam rumah Gundah walaupun isterinya menghidangkan minuman pada tetamu yang tidak diundang itu tapi hati Gundah amat cemas. Gundah mengawal perasaan cemasnya. Gundah diberi amaran tentang tiga hari hutangnya tidak dijelaskan. Akhirnya, telefon pintar isterinya jadi cagaran. Perkara yang hendak disembunyikan dari isterinya akhir terbongkar. Isteri Gundah, Resah duduk menangis mengenangkan nasib yang menimpa.

"Tapi mengapa kau tidak menelefon dan minta pertolongan aku ketika kau kekurangan wang seribu seratus itu untuk dibayar ke bengkel? Sekarang kau terpaksa mencari empat ribu lebih untuk menjelaskan hutang pada ceti haram," ada sedikit kesalan pada diri Tenang terhadap sahabatnya Gundah.

 photo TheEvil.png

Friday, August 14, 2015

Cinta untuk semua musim.

Bila kekecewaan yang ditikam amat sengsara dan merana. Pastilah tercabut kebahagiaan yang dialaminya sebelum itu amat indah dan harmoni.

Bersandar di kerusi malas.

Bila aku bosan, aku perhati filem/drama Melayu. Kemudian aku bilas dengan filem/drama Hollywood. Ianya akan menjadi seperti salju disinari mentari di penghujung musim sejuk.

Thursday, August 13, 2015

Berteduh di kaki lima apakala hujan masih turun.

Adakala, bila tak tahu hendak makan apa, kita tuju sahaja ke restoran makanan segera. Tapi masih ada yang hanya makan di situ bila meraikan hari istimewa.

 photo TheEvil.png

Selepas menikmati mi udang.

Hanya Pak Murad duduk di pangkin
menghelakan nafas bersemburan
ringan asap rokok daun
mengembara bebas
mata memandang lepas
samudera luas berlangit mendung
masih bersisa ukiran kayu

Leman memandang gusar
mega mendung berarak
samudera mulai keras
dinyalakan rokok sebatang
dihamburnya keras asap menderas
sekeras karang khuatir
dalam gelora dia memukat
hanya harapan yang melekat

Hujan lebat amanah Mikail
deburan ombak menggila

bergegas Pak Murad
masuk berteduh
rokok daun masih terjepit

Lega Leman sempat berlabuh
pulau terpinggir jadi lindungan
dicucuh rokok sebatang

Di kedai kopi suara bertelingkah
berlawan hebat irama lebat
bersulam nada deru angin
bersandar Karim mengangkang paha
berpeluk tubuh gusar tiada
vape disedut nikmat sekali
bersama kawan dekah terburai.

 photo TheEvil.png

Manusia rakus mencari kebahagiaan.


Dari zaman dahulu lagi, manusia memikirkan cara yang paling baik untuk hidup bahagia dan selesa. kalau boleh, cara yang paling baik untuk mati dalam keadaan aman dan tenteram. Tetapi hingga kini, cita-cita yang satu ini masih tidak tercapai.

Malah kadangkala sebaliknya berlaku.

Umpama, salah-salah congak ekonomi atau congak politik, kerakusanlah yang timbul - kemelaratan, ketidakadilan, kekejamanlah yang muncul.

 photo TheEvil.png

Tuesday, August 11, 2015

Terima kasih kerana mengajar aku tentang kehidupan!




Hari terakhir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1989 di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor.

Tampungan mencari makan di Holiday Plaza, Johor Bahru.

Meraikan majlis hari ulangtahun sahabat - Cowboy di KFC, Holiday Plaza!

 photo TheEvil.png

Takkan aku lupakan walau di'ragging'!


Ketika aku tingkatan satu di Asrama Putera (Aspura) Sekolah Tinggi Klang tahun 1985. Bergambar bersama para senior.

Terima kasih pada sahabat, Izam yang mengunggah foto ini di Facebook!

 photo TheEvil.png

Metallica [Playlist]



 photo TheEvil.png

Slayer - Greatest Hits!



 photo TheEvil.png

Slayer - South Of Heaven [Full Album].



 photo TheEvil.png

King Diamond - Them (1988) [Full Album HQ].



 photo TheEvil.png

King Diamond - Abigail (1987) [Full Album].



 photo TheEvil.png

King Diamond - Fatal Portrait (1986) [Full Album]



 photo TheEvil.png

Sepultura [The Best Full Songs (Max Cavalera)].



 photo TheEvil.png

Helloween (The Best, The Rest, The Rare): Full Album.



 photo TheEvil.png

Monday, August 10, 2015

Punca ketagihan merokok.

Rokok tidak berasap dengan helaan nafas tanpa bantuan nyalaan api. Tiap helaan dinikmati walau dia tahu paru-paru merana.

Thursday, August 6, 2015

Bodoh, pandai mencuri peluang.

Sebab kita bodoh adalah kerana kita tidak tahu apa-apa dan bukannya kita tidak pandai.
Membaca buku tidak menjadikan kita pandai tetapi untuk kita mendapat pengetahuan.
Orang yang pandai adalah orang yang bijak memanipulasikan peluang dan ini tiada dalam buku.

 photo TheEvil.png

Pandangan kita tidak sama.


 photo TheEvil.png

Kebanggaan yang pudar.


 photo TheEvil.png

Akibat kepentingan yang melebihi keutamaan.


Kita, umat yang ramai tetapi tidak dipandang sebagai ancaman atau tidak dihormati. Mudah diperkotak-katikkan seperti buih-buih yang dibawa ombak ke pantai. Banyak malahan jutaan buih! Namun mudah lenyap, tidak berbahaya.

Sunday, August 2, 2015

Kasih dan sayang diperlukan.

Bercinta dan berpisah permainan emosi. Wanita rela asal cincin kekal di jari. Lelaki akan memburu cinta selari atau nyata rindu menjadi benci.