Mungkin mereka yang melihat, nampak ianya mudah.
Ini adalah tema terbaru untuk Johnson & Johnson.
Tugas aku, menampal logo ini pada setiap pintu atau dinding berkaca di bahagian pengeluaran, gudang simpanan dan di beberapa bahagian pengurusan.
Cuma tiga warna, bulatan menyerupai bulan sabit dan dua baris ayat!
Jumlah keseluruhan hanya 39 logo yang telah ditampal.
Hari Khamis, aku hanya menampal di bahagian pengurusan dari jam 1600 sehingga 2300.
Hari Jumaat di bahagian pengeluaran dan gudang simpanan dari jam 1500 sehingga 0100.
'NEVER PASS A MISTAKE OR DEFECT'
Tapi berapa ramai di kalangan kita yang mampu mengakui dan bertanggungjawab atas kesilapan dan keburukkan pada diri kita sendiri?
Sememangnya ramai yang mampu menuding jari meletakkan kesilapan dan keburukkan kepada orang lain.
Sebab ianya mudah untuk dilakukan...
Dan bolehkah kita, tidak menyusahkan orang lain kerana kesilapan kita?
Adakala kita yang terpaksa meyusahkan diri untuk membetulkan kesilapan orang lain
atau
kita yang jadi korban kerana kesilapan mereka.
pertanyaan demi pertanyaan yg selalu org tak boleh jawab
ReplyDeleteMak su.. kena pilih satu lah yg bersesuaian dgn prinsip kita..
ReplyDelete