Aku mengalihkan kereta kerana kereta aku menghalang kereta biras yang hendak keluar bekerja walau PKP masih bersambung.
Aku memandang pasu-pasu bunga yang yang ditimpa hujan di laman rumah.
Aku menyelak dedaun yang rimbun di pasu mencari seekor katak yang mendiami di situ. Ya, dia masih di situ berdiam diri seperti bertafakur. Pasti pagi yang gembira baginya.
Aku melihat-lihat air yang menitik-nitik di laman dari atap bumbung zink rumah yang bocor.
Terasa nyaman dan memyegarkan.
Hujan pagi biasanya membawa aku mengelamun dengan kenangan lalu. Mengharungi kehidupan persekolahan di rantauan orang, di bumi selatan Johor Bahru.
Terkenang sahabat-sahabatku di zaman persekolahan.
Mudahan kehadiranku di sisi kalian membawa manfaat dalam kehidupanmu sekalian wahai
sahabat-sahabatku walau kini kita berjauhan!
Hujan pagi ini mengamit kerinduan!