Halaman

Tuesday, December 20, 2016

Sengal kedai mamak.

Kau cerita ribu-ribu. Satu kedai mamak dengar. Punyalah nak menyakinkan, curut seorang sebatang kau beri pada dua orang member yang lahu mendengar.
Tapi lighter Cricket putih kau hilang, ke bawah meja kau mencari. Sampai bertanya pada member jika terambil.
Member pula, beria-ialah meraba dalam poket, buat-buat gelabah.

Cemas!


Sunday, December 18, 2016

Dari lorong kiri.

Pemandu yang menyalakan lampu hadapan kereta kala hujan adalah untuk dapat dilihat oleh pemandu lain.
Jangan sombong walau kau boleh melihat 1km ke hadapan. Tidak semua pemandu boleh lihat kau dari belakang yang angkuh keburuan.
Kita berdoa agar hujan ini bermanfaat. Memberi rezeki seperti yang diperintahkan.
Allah menghidupkan apa yang mati dengan hujan. Dan berlindunglah kepada Allah dari azab kemurkaan-Nya.


Anak kecil sebelah rumah.

Definasi untuk berlawan adalah mengelak.


Sunday, December 4, 2016

Kerepek ubi berlada.


Seperti kumpulan kompang, mereka bertingkah dengan semangat.

Harmoni dalam berlagu.

Bersatu dalam paluan walau beza timbrenya.

Jelas keseronokan mereka dalam memikul tanggungjawab dan amanah.

Mereka usai selepas dijamu tuan majlis, tanpa disedari. Meninggalkan satu kekaguman.

Minggu depan mereka bersatu semula.

Saturday, November 19, 2016

Lahirnya Lagenda.

Berbuat baik sesama insan adalah kebenaran.
Menghormati sesama insan adalah kemuliaan.
Ingatlah,
Membunuh itu mudah, menyelamatkan adalah sesuatu yang sukar.

Thursday, November 17, 2016

Kuasa dan Tanggungjawab

Orang yang berduit boleh berbuat apa sahaja!
KUASA!

Orang yang tidak berduit akan berusaha untuk apa sahaja.
Tanggungjawab.

Monday, November 14, 2016

Tak faham aku...

Dicari seluas-luasnya,
Dikumpul-kumpulkan.

Pengisiannya,
Memecah-belah dari dalam.

Tak berpada jadinya!

Thursday, November 10, 2016

Membuang masa.

Kita semua mencari limpah kurnia-Nya.
Ada segelintir yang suka memilih.
Kau telah meletakkan usaha yang besar tapi hasil yang kecil kau abaikan.
Mengapa kau sendiri mengambus jalan redha-Nya?
Kecewa? Putus asa? Malas?



Tepat jam 1 pagi.

Aku sokong cerita Melayu.
Cuma aku tak mampu menonton.



Wednesday, November 9, 2016

Peneman kopi.











Aroma hujan pagi.

Kalian boleh mendengar cerita-ceritaku.
Percaya jangan.
Hanya merapu menghidupkan suasana.
Akan kucuba tumpulkan tuturku.
Agar tidak bisa hati kalian tertusuk.
Cuma aku hanya ada diriku.



Sunday, November 6, 2016

Friday, November 4, 2016

Seteguk kopi.

Tidak salah menjadi kaya tapi tidak baik untuk mencintai duit.
Manusia tidak boleh bertuhankan dua tuhan;
Allah dan duit.

Monday, June 20, 2016

Kami sekampung.



Buat pertama kali kami berbuka puasa bersama setelah tamat sekolah rendah Jalan Raja Muda (2) Kuala Lumpur tahun 1984. 


Mengambil kesempatan meraikan Sazali yang akan lapor diri Ke Kota Bharu esoknya.

Dan untuk kali kedua, dianjurkan majlis berbuka puasa bersama keluarga.



 



Wednesday, June 8, 2016

Jangan dikenang.

Mengapa mesti bercerita tentang hal semalam yang membawa kepada perpecahan?

Sunday, June 5, 2016

Tangan ini terbiasa menggapai kunci.

Kepercayaan engkau letakkan
Amanah engkau berikan
Namun
Yang menjanakan, telah berkurangan
Untuk melepasi halangan berbayar
Juga telah menurun
Wang poket yang dihulurkan
Akan kupulangkan
Dalam bentuk yang wajar
Kawan tak makan kawan.

Thursday, May 26, 2016

Bukan nak cerewet sangat.


Aku paling tak gemar bila kedai makan tidak menyediakan tisu. Pastinya rata-rata aku makan di kedai orang Melayu.

Walau seenak mana pun makanannya, aku tetap akan menyemat kekurangan perkhidmatan pada pelanggan.




Sunday, May 15, 2016

Syurga Wanita.

Seawal jam 0900, kami sampai di Pasar Baru, Bandung dengan menaiki Angkutan Kota dengan tambang Rp7,000 seorang.

Tiada yang banyak dapat aku lakukan di sini kecuali mencuci mata. Melayan para pengamen dengan lagu Tegar, hampir kesemua pengamen memetik gitar mengalunkan lagunya.
Berilah sedekah seadanya sambil berhibur. Nasihat orang tempatan, jika diberi banyak, mereka umpama kucing yang mengerumuni satu kepala ikan.

Jam 1300 kami makan tengahari di Warung Nasi Ampera, berdekatan Pasar Baru. Usai menjamu selera dengan pelbagai lauk, kami ke Rumah Mode dengan Angkutan Kota, juga Rp7,000 tambangnya seorang.

Tiada apa yang menarik di Rumah Mode. Juga aku hanya mencuci mata. Jam 1700 kami bergegas mendapatkan Angkutan Kota untuk Stasiun Kereta Bandung untuk pulang ke Jakarta yang dijadualkan jam 1915.

Tiket kereta untuk pulang ke Jakarta telah dibeli awal semasa tiba di Bandung namun sebelum memasuki jalur, kita hendaklah mendaftar masuk dan mencetak pas pelepasan (boarding pass) - layan diri.

Lebih kurang jam 2230 kami tiba di Stasiun Gambir, Jakarta. Sebelum.pulang ke penginapan kami menjamu selera di stasiun.

Jalur 1 Arah Bandung.

Jam 0400 tiba di Stesen Kereta Gambir untuk aku ke Bandung dengan menaiki teksi dari inapan Resindensi 100. Tambang teksi hanya Rp15,600.00 dan kotanya masih aman seawal subuh.

Pemeriksa tiket menyapa setiap penumpang dengan ucapan selamat pagi dengan senyuman mesra. Namun ditemani oleh seorang anggota polis, POLDA.

Tika kehijauan menampakkan diri, seorang atendan lelaki dan perempuan akan melangkah dari satu koc ke koc yang lain untuk mengambil pesanan sarapan pagi - bukan gratis ya!
"Selamat pagi! Mau kopi dan makannya untuk sarapan." Sapa mereka lembut.

Saturday, May 14, 2016

Menguak jemaah putih.

13 Mei 2016

Jam 1230 aku tiba di Putrajaya Sentral. Kawasan parkir berbumbung penuh. Berkali-kali aku berpusing di setiap aras mencari tapak kosong. Hampa. Lalu aku keluar dan mencari parkir di luar.

Aku membeli tiket tren ke KLIA2, RM9.40 sehala. Hujan turun seketika membasahi bumi Salak Tinggi.

Tiba di KLIA2 aku terus mendaftar masuk kerana waktu penerbangan telah hampir. Apatah lagi aku perlu berjalan kaki ke ruang menunggu Q7 untuk pelepasan.

Beberapa minit menunggu, Air Asia memaklumkan penundaan penerbangan sehingga jam 1535 melalui siar raya yang sepatutnya dijadualkan jam 1455.

Aku menggapai telefon bimbit. Aku menghubungkan wi-fi percuma lapangan terbang pada telefon bimbit. Aku tusukkan fon telinga lubang yang tersedia di telefon bimbit. Aku mendengarkan saluran Classic Rock dengan aplikasi Spotify.

Akhirnya jam 1600 baru aku diterbangkan ke Jakarta. Dalam penerbangan, tiga kali kapten pesawat mengamarkan untuk memasang tali pinggang keledar kerana cuaca buruk yang perlu ditempuh. Aku memesan kopi bila pramugara menawarkan pesanan minuman.

Matahari hampir di horizon bumi Jakarta namun tersembunyi di balik awan, membiaskan remang jingga, ketika tayar pesawat mencecah landasan. Waktu tempatan jam 1800 dan cuaca cerah.

Selesai pelepasan imigresen, aku dapatkan teksi untuk ke Thamrin City. Dibilangi pak supir, kelewatan dijangka kerana macet sebaik sahaja teksi meluncur keluar dari parkir Terminal Tiga, Bandara Soekarno Hatta.

Teksi melewati Sipli terus ke Tanah Abang melalui Jalan Kebun Kacang. Masih ramai lagi manusia yang berurusan di Tanah Abang walau mentari telah lama menghilangkan diri. Adakala kelajuan teksi merudum perlahan di beberapa jalan kerana kesibukan kereta dan sepeda motor, terutama Ojek yang bersimpang-siur mencari ruang. Aku mengambil kesempatan memerhatikan ragam warga kota, melihat-lihat deretan kedai pelbagai busana.

Sebaik tiba sekitar jam 2030 WIB, aku terus ke kedai makan D'Cost Seafood di aras bawah Amaris Hotel, Thamrin City untuk makan malam. Bezanya di kedai makan ini, kartu yang tertera gambar lauk digunakan untuk memesan makanan. Satu kartu bermakna satu porsi makanan. Unik.

Selesai itu, aku bergabung dengan tujuh orang yang hendak ke Bandung esok paginya. Kami mengambil teksi untuk ke penginapan Residensi 100 yang terletak di Jalan Kota Bumi, berhampiran Holiday Inn. Tambang teksi, Rp18,400.00 yang kira-kira jauhnya 3.4km dari Thamrin City

Friday, May 6, 2016

Nasi goreng daging merah.

Di meja makan enam orang di sebuah gerai tomyam, seorang lelaki sedang asyik menjamu sepinggan nasi goreng daging merah. Barangkali hujan yang turun menambahkan selera dengan hidangan panas.

Sekumpulan jemaah, lima lelaki dari surau, melilau mencari tempat duduk. Kebanyakkannya meja dan kerusi basah bertempiaskan hujan.

Lalu disapa seorang jemaah pada lelaki tadi meminta izin untuk berkongsi meja. Lalu diizinkan dengan senyuman yang ramah. Lalu jemaah berlima tadi memesan air teh panas.

Aku melihat seorang dari jemaah tadi mengeluarkan sebungkus plastik berisi biskut apabila hidangan air mereka dihidangkan. Mereka berbual sesama mereka sambil mencicahkan biskut ke dalam air minuman. Pasti enak dalam cuaca yang dingin malam begini.

Beberapa ketika kemudian, jemaah berlima pun angkat kaki. Aku masih merokok di sudut gerai menanti hujan reda dengan segelas kopi o panas yang sudah suam.

Kemudian lelaki tadi memanggil pemilik gerai untuk membayar harga makanannya.

"Sudah dibayar!" Seru pemilik gerai.

Lelaki itu terpegun sebentar mencari jawapan pasti.

Tuesday, April 5, 2016

Kampung Sasak


Melawat Kampung Sasak seperti merungkai kes penculikan. Penculikan hanya dilakukan oleh pria Sasak yang ingin melamar perawan Sasak sebagai suri hidup. Ini adalah adat budaya suku Sasak di Lombok. Sehari selepas penculikan, pria Sasak akan mendatangi keluarga perawan Sasak dan menzahirkan lamaran serta membincangkan mahar langsung ke majlis pernikahan.

Suku Sasak tidak akan menculik gadis luar. Syarat utama bagi perawan Sasak yang hendak dinikahi, perawan Sasak mestilah telah mahir melakukan kerja-kerja tenunan, barulah perawan Sasak dibolehkan menikah.


Perkampungan Sasak ini telah didiami oleh satu salasilah keluarga dan berkembang populasinya sehingga 700 orang selama 15 generasi - 2016. Kami dapat bersua dua orang moyang perempuan yang berusia 102 tahun dan 107 tahun. Bermakna perkampungan Sasak ini didiami hanya dikalangan sanak-saudara belaka.

Aktiviti mata pencarian mereka adalah bertani dan menenun. Rekabentuk dan motif tenunan mereka hanya boleh di dapati di perkampungan Sasak ini sahaja. Terdapat banyak rumah dalam perkampungan ini yang menjual hasil tenunan mereka. Kami dinasihatkan agar, jika benar-benar ingin membeli, tawarlah separuh dari harga buka mulut.

Kopi Sasak yang telah digoreng serta ditumbuk tangan - dijadikan serbuk kopi, juga ada di jual di sini. Aromanya amat memikat bagi penggemar kopi.


  



Monday, April 4, 2016

Kepenatan dalam kepuasan.


Dalam kepenatan pulang dari Gili Trawangan dengan aktiviti snorkeling dan berbasikal ke Ayunan Ombak Sunset dan terus ke air terjun Benang Kelambu, pak supir membawa kami ke sebuah spa di Jalan Rembiga, Kota Mataram.


Malangnya, spa penuh dengan pelanggan. Sementara itu kami mencari jajan untuk mengalas perut.
Aku menghampiri penjaja menjual pepes. Aku melepasinya kerana aroma satay lebih menggiurkan selera.
Dalam pada aku memerhatikan satay dibakar, aku dihampiri seorang lelaki. Namun, telor tuturnya seperti orang Malaysia. Ramah mempromosikan satay yang direndam dua hari dalam rempah. Sehingga memberikan aku secucuk satay sapi untuk dirasa. Enak!

Lalu aku segera memesan satay padanya. Katanya, satay ini dijual mengikut porsi. Satu porsi ada 10 cucuk, Rp20,000.00 dan satay hati sapi secucuk Rp5,000.00.

Aku mengulangi semula pesanan aku padanya. Tapi dia mengarahkan aku memesan di meja kaunter.
Selepas memesan, aku menghampiri penjaja martabak dan terang bulan (apam balik), Rp25,000.00 tiap satu. Memang enak dan menyelerakan!

Usai itu, aku kembali ke warong satay untuk mengambil pesanan. Aku lihat lelak tadii duduk di lesehan. Kami berbual.

Aku menyangka dia bekerja di situ, rupanya, dia juga pelanggan yang sedang menunggu pesanan. Hahaha.. ramahnya seperti seorang promoter.

Ya. Jika kalian ke Lombok, memang aku sarankan 100% - Satay Rembiga hanya di Jalan Rembiga, Kota Mataram (satay sapi dan satay hati sapi sahaja) dan martabak serta terang bulan - apam balik tebal serta lembut berintikan jagung, kacang dan manisan serta juga keju!
Memang terbaik!

Pak supir mengesahkan kami, spa telah penuh. Begitu juga yang berhampiran. Namun begitu pak supir telah membuat janji temu buat kami, esok pagi jam 9.

Kemudian kami dibawa makan malam di sebuah kedai makan makanan laut - Warong Menega, Lombok yang terletak di tepi pantai. Hebat!

 



Benang Stokel.


Puas dengan kesejukan dan pemandangan air terjun Benang Kelambu, kami turun semula.ke.pintu masuk dengan ojek.

Dari pintu masuk kami berjalan kaki pula lebih kurang 5 minit untuk ke air terjun Benang Stokel.


Benang Kelambu


Di perkarangan masuk Benang Kelambu, kami menyewa Ojek (motor taxi), yang akan mengambil masa lebih kurang 7 minit berbanding 40 minit jika berjalan kaki ke kawasan air terjun. Sebelum memulakan perjalanan, kami mengalas perut dengan mi soto dan durian.


Digelar Benang Kelambu kerana air terjunnya yang berjurai halus seperti benang membuat kelambu.


 

Villa Hantu.


Singgah bergambar pula di Villa Hantu.
Ceritanya, pemerintah tidak membenarkan pembangunan di sini kerana mencacatkan pemandangan.
Lalu, villa yang dalam pembinaan diberhentikan.
Disebabkan terbiar begitu sahaja, villa ini digelar Villa Hantu.

Kenalan baru.


Hari mulai gerimis tika kami sampai di view point Pantai Malimbu.

Saturday, April 2, 2016

Menyelam jangan minum air.


Masa untuk menyelami alam semesta.

Gili Trawangan - Gili Meno - Gili Air.

Bersatu dengan alam.


Perjalanan 15 minit menaiki bot laju untuk ke Gili Trawangan.


Tiba di Gili Trawangan kami segera menempah pakej snorkeling - Gili Trawangan - Gili Meno - Gili Air.



Usai tempahan, kami berjalan kaki menuju ke inapan Beach Box Bungalow, 13 minit berjalan kaki dari jeti.

   

Di inapan, kami difahamkan bahawa bekalan elektrik terputus. Sementara menanti bilik disediakan, kami berurusan dengan bantuan staf inapan menyewa speda.


Kami bertujuh dengan hanya 4 unit bilik, Beach Box Bungalow - kami yang punya!

Hala tuju idaman.


Inap semalam di Bumi Ayitha di Senggigi. Selepas sarapan jam 8 pagi, supir membawa kami ke Jeti Nara untuk ke Gili Trawangan menaiki bot yang disewa persendirian.