Lif berhenti di aras 5. Pintu terbuka. Dia meluru keluar
menuju ke surau yang terletak di aras itu. Gara-gara pembentangan yang terlalu
lama tadi, dia hampir terlepas waktu Asar. Azman menggerutu di dalam hatinya
sendiri menyalahkan para perunding yang
leka dengan pembentangan cadangan untuk mendapatkan tender projek membina taman
tema air yang terbesar di Kota Pelangi. Azman memang tidak gemar melengahkan
waktu solatnya tetapi adakala situasi dan masa menjeratnya. Sememangnya dia
sentiasa berusaha untuk mengimbangi kedua-keduanya, dunia dan akhirat.
Dahulu Azman hanya bekerja sebagai jurutera cabuk dalam satu syarikat swasta yang mengurus banyak projek-projek pembinaan mega walau di dalam negara sendiri. Apabila kegawatan ekonomi melanda, Azman diberhentikan oleh majikan kerana masalah pengurusan kewangan syarikat yang agak meruncing. Azman akur. Rezekinya sudah tiada di sini. Dia tidak pernah menyalahkan takdir namun dia sentiasa berharap takdir sentiasa menyebelahinya.
Dahulu Azman hanya bekerja sebagai jurutera cabuk dalam satu syarikat swasta yang mengurus banyak projek-projek pembinaan mega walau di dalam negara sendiri. Apabila kegawatan ekonomi melanda, Azman diberhentikan oleh majikan kerana masalah pengurusan kewangan syarikat yang agak meruncing. Azman akur. Rezekinya sudah tiada di sini. Dia tidak pernah menyalahkan takdir namun dia sentiasa berharap takdir sentiasa menyebelahinya.
Akhirnya setelah 4 tahun dia menjinakkan dirinya sebagai
usahawan dalam bidang pembinaan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan
sedikit modal hasil dari sikapnya yang berjimat-cermat semasa makan gaji
dahulu. Terbukti benar pesan ibunya, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Dia
kini selesa untuk menjalani kehidupan sebagai warga kota bandaraya dengan
keluarga yang aman bahagia bersama seorang isteri dan seorang anak perempuannya
yang baru menginjak usia 2 tahun bulan lepas.
Selesai mendirikan solat Asar walau hampir di hujung waktu,
Azman kemudian menyandarkan dirinya pada dinding surau sambil membelek-belek halaman
sebuah buku agama. Niatnya untuk berehat seketika melepaskan waktu sesak di
jalan raya. Sebentar tadi dia sudah mengirimkan teks pesanan melalui telefon
bimbitnya kepada isterinya memberitahu bahawa dia pulang sedikit lewat dari
kebiasaannya dan menukarkan mod senyap telefon bimbitnya kepada mod biasa kerana tidak mahu terganggu pembentangannya tadi dengan panggilan masuk apatah lagi bila dia sedang mengadap Penciptanya.
Azman terdengar seseorang memberi salam kepadanya. Dia
menoleh dan menjawab salam dalam suara yang teragak-agak. Dilihatnya seorang lelaki
yang agak tua darinya, berseluar dungree biru lusuh dengan kemeja kelabu yang
hampir juga hilang warnanya menghulurkan tangan untuk bersalaman lalu duduk
bersila di sebelahnya tanpa disuruh. Azman menyambut salam yang dihulur. Kelihatan
tenang air muka lelaki itu sambil senyuman yang tersimpul di bibirnya. Azman
masih lagi berasa was-was tentang hajat lelaki tersebut.
Lelaki tersebut mengalihkan beg galasnya yang disandang tadi
ke hadapan persilaannya. Lalu di tarik perlahan zip pada beg galas itu. Lalu
ditunjukkan isi di dalam beg galas itu kepada Azman yang masih tertanya-tanya
dengan maksud kehadiran lelaki tersebut. Terbeliak mata Azman melihat banyak wang
kertas yang terikat rapi tetapi berterabur susunannya di dalam beg galas itu.
Lelaki itu pun bersuara lalu bertanya, “Mahukah saudara menerima wang ini?” Azman terpaku dengan soalan lelaki itu.
“Mengapa pula mahu wang itu diserahkan kepada saya,”
akhirnya kotak suara Azman mengeluarkan getar walau masih lagi dalam kebimbangan.
Bukannya dia tidak pernah melihat wang kertas sebanyak itu cuma seperti tidak
kena pada tempatnya, di dalam surau bangunan yang menempatkan pejabatnya di
aras 17. “Bukan hak saya, sebab itu saya mesti memberikan pada mereka yang
berhak mengikut jalan yang diredhaiNya,” jawab lelaki itu sopan.
“Tetapi saya bukan seorang yatim atau asnaf bahkan saya
bukan juga mualaf yang bermusafir,” Azman seperti menolak kerana hatinya ragu
dengan tujuan dan maksud lelaki itu. Bimbang jika kejadian itu mengarah ke
jalan jenayah.
“Walau wang di dalam beg ini jumlahnya besar tetapi jika di
bandingkan dengan kekayaan yang saya miliki, jumlah wang ini masih lagi kecil.
Apatah lagi dengan kekayaanNya. Sekiranya saudara tidak sudi menerima sedekah
saya, tidak mengapa. Saya akan mencari orang lain yang berhak atas wang ini,” jelas
lelaki itu sambil menarik kembali zip
menutup beg yang ternganga menampakkan sebahagian dalam isinya. Lantas lelaki
itu berdiri dan berlalu pergi tanpa sepatah kata meninggalkan Azman yang masih
lagi seperti tidak mengerti dengan apa yang berlaku. Dia ingin sahaja mahu memanggil
kembali lelaki itu untuk menjawab persoalan dalam fikirannya tetapi lelaki itu
telah hilang dari penglihatannya dan tiba-tiba deringan dari telefon bimbit
Azman menghalangnya.
Azman terperanjat apabila dia menyedari bahawa deringan
telefon bimbitnya mengejutkannya dari lena sebentar tadi. Berulang-ulang kali
Azman beristighfar sambil memerhatikan sekeliling. Hanya dia berseorangan, kerdil mengisi ruang kosong di dalam surau. Azman membiarkan telefon bimbitnya berdering memecahkan
keheningan di dalam surau. Azman memandang tepat ke arah kiblat di hadapannya
dengan nafas yang masih lagi berombak di dadanya dan memikirkan bagaimana dia
boleh terlelap. Telefon bimbit Azman kembali sepi. Azman mencapai telefon dan
melihat panggilan yang tidak dijawab daripada isterinya. Kemudian dia menujah-nujah
jari telunjuk pada skrin telefon bimbit lalu menyusun aksara-aksara yang membina
perkataan pusat pungutan zakat.