Mari anakku
Kita nikmati air batu campur
Lupakan masalah dengan ayahmu
Telah menikmati kemanisan ibu
Dan berlalu pergi…..
Mari anakku
Kita nikmati kemanisan susu
Lenyapkan maung hidup
Hanya kaulah, anakku
Kemanisan yang ada pada ibu.
Thursday, April 14, 2011
Monday, April 11, 2011
Maafkan aku..
“Maafkan aku pelacur
kerana
memanggil kau
pelacur..
tapi
sememangnya kau
pelacur…”
Tercuit pula hati bila membaca akhbar pagi Sabtu lalu di gerai rojak mamak di tepi jalan. Laporan dua orang pelajar remaja di Selangor yang sanggup bermotosikal pada setiap hujung minggu ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk melanggani pelacur. Remaja tersebut juga membohongi bapanya kononnya dia menghadiri kelas bimbingan semata-mata untuk meminjam motorsikal bapanya.
Remaja tersebut yang mengakui bahawa dia sanggup bermotosikal sejauh 160 kilometer untuk melampiaskan ketagihan seksnya. Setiap hari lebihan duit belanja sekolah dikumpul untuk memenuhi tuntutan nafsunya.
Ini adalah lebih baik pelaksanaanya daripada merogol wanita yang tidak dikenali atau teman wanita sendiri. Mungkin segelintir manusia memperlekeh dan memandang jijik perbuatan remaja tersebut atau pada sesiapa sahaja yang melanggani pelacur
Benar, tiada agama yang mengajar kejahatan namun melanggani pelacur kelihatan lebih bijak daripada merogol. Melanggani pelacur lebih kepada satu urusniaga dalam bidang seksual dan pelakunya di labelkan sebagai seorang yang tidak bermoral dan memiliki akhlak yang buruk. Tidak dinafikan ketagihan ini juga mungkin berpunca hanya untuk melepaskan tekanan bagi lelaki yang tidak berpasangan atau yang belum berumahtangga. Pastinya ada alasan yang diberikan jika lelaki-lelaki ini adalah suami orang. Jika perkara ini seperti ‘pandai makan, pandai simpan’ tiada siapa yang akan mengetahui seseorang lelaki itu adalah seorang yang sering mendapatkan khidmat pelacur.
Merogol dikategorikan sebagai satu jenayah berat dan mungkin melarat membawa jenayah bunuh yang mana kita tidak pasti lagi betapa kejam pula pembunuhan itu bakal berlaku. Kita lebih marah pada pelaku rogol dan bertambah geram apabila mangsa rogol dibunuh. Benar?
Pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan malah masyarakat sendiri mendesak kerajaan agar hukuman yang lebih berat dikenakan pada pesalah rogol yang kini dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara serta 20 sebatan. Tidak termasuk jika sabitan membunuh dikenakan.
Tetapi apakah umum mengetahui apakah hukuman dari segi perlembagaan jika seorang lelaki itu ditangkap ketika melanggani pelacur? Mungkin kita akan menyelak buku-buku perundangan untuk mengetahui bagaimana menyabitkan kesalahan melanggani pelacur. Bagi hukuman kesalahan rogol, mungkin hampir setiap hari kita mendengar dari pembaca berita di televisyen atau radio malahan membaca sendiri dari laporan akhbar.
“Tertuduh akan dipenjarakan 20 tahun dan 20 sebatan jika disabitkan kesalahan”
Seakan lali jugakan petikan ayat ini di pendengaran kita?
Bukan kerana menyokong lelaki melanggani pelacur cuma terfikir persoalannya, bagaimana wartawan yang menulis laporan itu mendapati bahawa remaja tersebut melanggani pelacur?
Adakah wartawan itu sendiri sering berada di sarang pelacuran untuk mengintip pelanggan yang keluar masuk?
Jika ya, bagaimana wartawan tersebut mendapatkan pengakuan pelajar tersebut?
Kita maklum bahawa melanggani pelacur adalah satu rahsia besar dalam kehidupan manusia yang bernama lelaki khasnya yang sudah beristeri. Malah untuk berkongsi cerita dengan sahabat baik pun secara berkias. Bagaimana pula rahsia dua remaja tersebut boleh terbongkar yang mana sepatutnya mereka mesti saling melindungi.
Atau adakah, remaja itu berbangga dan bercakap besar tentang perlakuannya di hadapan teman-teman sehingga membawa pengetahuan kepada wartawan tadi?
Atau terdapat perbalahan antara remaja tersebut hingga salah seorang daripada mereka membocorkan rahsia yang sepatutnya hanya pecah di perut?
Seperkara lagi di dalam laporan akhbar itu juga lengkap memberitahu pembaca usia gadis-gadis yang dilacurkan, dari mana asal para pelacur itu dibawa masuk dan yang menarik tawaran harga perkhidmatan pelacuran itu sekali.
Kelihatan seperti iklan pula…
Sememangnya kita memahami tugas dan tanggungjawab para wartawan, membawa dan memegang kebenaran untuk dilaporkan kepada masyarakat. Oleh kerana perkara ini adalah satu keaiban maka hendaklah kita tidak meyebarkan keaiban itu pada manusia yang lain walaupun untuk dijadikan pengajaran. Tetapi dari laporan itu, tiada pengajaran yang boleh diambil sebaliknya seperti memberitahu modus operasi sarang pelacuran tersebut.
Begitu juga kepada semua lelaki dan wanita tanpa mengira bangsa dan agamanya, jauhilah dari melanggani pelacur, baik pelacur lelaki mahupun kebanyakkannya adalah pelacur wanita.
Adakalanya kita membuat andaian bahawa para gadis dan wanita ini telah menjadi mangsa keadaan. Apakah benar kita mengetahui perkara yang sebenar berlaku pada mereka? Siapakah pula yang hendak melindungi gadis-gadis dan wanita-wanita ini daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran?
Tutur maaf dilafaz andai entri ini menyinggung perasaan kalian. Bukan hendak menjadi celupar, sekadar meluah apa yang terlintas di benak fikiran. Rimas fikiran bila ianya berlegar-legar mencari jawapan…
Subscribe to:
Posts (Atom)