Halaman

Wednesday, December 10, 2014

Menu yang menyelerakan.


Bila mengunjungi restoran layanan meja, kita akan diberikan menu untuk memilih juadah. Menu bukan sahaja menyenaraikan nama hidangan dan harga. Pengusaha restoran juga akan memastikan menunya kelihatan menarik, segar dan mampu memikat selera para pelanggannya.

Menu juga mampu mengalih perhatian selera kita. Mulanya kita merancang dan terbuka untuk menikmati Mi Ketam contohnya di restoran yang telah lazim kita kunjungi. Tetapi apabila menu yang biasanya kita tatap sebelum ini telah diubah susun atur dan fotonya, maka ada kemungkinan perhatian kita tertarik pada Mi Rebus Tulang yang fotonya kelihatan lebih enak untuk dinikmati.

Pada sisi yang lain, menu adalah perkara yang memerlukan masa yang amat singkat untuk kita menyimpulkan satu keputusan. Keputusan yang selari dengan selera kita tentunya. Namun, ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil oleh kita. Ada yang berdasarkan khasiat dan kalori makanan. Tidak kurang juga yang membandingkan nilai makanan yang boleh kita nikmati. Ada juga yang memikirkan bahawa makanan yang dipesan tidak terlalu membazir dan boleh dinikmati seenaknya bersama dengan ahli keluarga atau rakan-taulan.

Menu bukanlah sekadar memaparkan senarai hidangan dan harga atau tepuk dada tanya selera. Jika berkesempatan mengunjungi restoran yang mempunyai layanan meja ini bersama si kecil kalian, berikanlah si kecil ini peluang untuk membuat satu keputusan yang kecil ini.

 photo TheEvil.png

No comments:

Post a Comment