Halaman

Sunday, November 2, 2014

Bila manusia diperalatkan oleh manusia lain.

Segelintir manusia ada yang sudah terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Sememangnya dari permulaan ianya kelihatan seperti daya usaha sendiri yang mencari kejayaan dalam bidang-bidang tertentu. Orang luar menganggap bahawa dia amat berjaya. Sedangkan dirinya sendiri tidak berada selesa dengan rutin kehidupannya. Dia akan sentiasa berkata dengan diri sendiri, bahawa dia sudah terjebak terlalu dalam dan telah menghabiskan banyak masa yang sepatutnya berkualiti dan tidak mampu menarik diri dari dunia ciptaannya sendiri.

Orang atasan sentiasa sedar bahawa mereka ini sentiasa berbicara dengan diri sendiri. Dan gusar jika ada manusia-manusia yang nekad untuk keluar dari kelompok ini. Maka diciptakan dunia yang mengkhayalkan, dunia yang penuh sensasi, dunia yang penuh keangkuhan dan dunia yang berbeza daripada manusia-manusia lain. Asalkan wang sentiasa mengalir masuk ke dalam saku mereka.

Orang atasan akan memperalatkan manusia-manusia ini untuk memerangkap manusia-manusia yang sememangnya mengidamkan dunia ciptaan mereka. Alasannya jika tidak berbuat demikian, maka dunia yang dinikmatinya akan lenyap. Manusia-manusia ini pula gusar akan ditertawakan oleh dunia lain bila sudah hilang keangkuhannya. Walau manusia-manusia ini sedar bahawa mereka dijalan yang salah namun mereka terpaksa akur, mereka tidak akan menjilat ludah mereka sendiri. Siapa yang mampu? 

Siapakah yang mampu mengenepikan segala nikmat dunia yang mereka fikir datang dari hasil kerja keras walau mereka sedar ianya juga kurniaan dariNya? Kerana mereka tidak mampu membezakan!

No comments:

Post a Comment