Halaman

Sunday, May 26, 2013

Alahai... Ustaz Azhar Idrus!

 
Ustaz Azhar Idrus dikerumuni oleh para peminatnya. Sesi soal jawab agama...
Opppps..! Tidak! Ini majlis meraikan perkahwinan Ustaz Azhar Idrus dengan isteri ketiga, Khairul Izyan binti Mohamed Amin Khir pada hari Ahad 26 Mei 2013 di belah pengantin perempuan, menyambut menantu - AU1A Taman Keramat Permai.
 Kebiasaan pasangan pengantin akan duduk bersanding di pelamin indah dan duduk makan beradab dengan lauk-pauk yang lazat-lazat tetapi beliau hanya duduk di meja makan tetamu dan diapit oleh isteri pertama dan isteri kedua beliau. Tertunggu juga kemunculan pengantin perempuan....
Pengantin lelaki yang hanya mengenakan jubah berwarna kelabu kebiru-biruan dan hanya meneguk air mineral dan sedikit kuih-muih dihidangkan. Aku tak dapat menunggu lama di majlis. Beberapa permintaan daripada tetamu untuk bergambar bersama-sama pengantin. Aku angkat kaki. Tak sempatlah hendak mengambil gambar pasangan pengantin baru.
Antara tetamu yang hadir merai dan memeriahkan majlis perkahwinan.
Makan beradab yang telah dilaksanakan usainya majlis akad nikah pada sebelah pagi.

SELAMAT PENGANTIN BARU!

 photo TheEvil.png


2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Ada satu lagi kekosongan....tidak lama, pasti akan terisi jua!

    Eh! apa salahnya kalau mampu!!!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..

    Benar tu..! bukan sahaja mampu malah berilmu. Berpoligami ni ibarat seperti orang terpilih!

    En. Humairi bagaimana? hehehe...

    ReplyDelete