Halaman

Thursday, October 15, 2009

Tolonglah.. boleh tak?


Ada yang mengelarkannya plastik. Ada juga yang kata perspek. Aku lebih suka sebut, akrilik. Tiga nama berbeza tapi benda yang sama.

Ini, akrilik 4mm tebal. Jenis clear ataupun lutsinar. Berukuran 5 kaki lebar dan 3 kaki tinggi.




Ini stiker! Ada berpuluh-puluh jenis dan warna. Stiker ini (gambar sebelah) jenis tidak berkilau (matt) dan translucent, sedikit cahaya dapat menembusinya.
Ada juga yang berkilau (glossy), opaque, tidak lut cahaya dan transparent, lebih terang warnanya bila ada cahaya menembusinya.
Ini pula, stiker sintetik yang dicetak dengan grafik (inkjet/digital prints). Kualiti cetakan berbeza mengikut dpi (dots print per inch). Lagi banyak dpi, lagi berkualiti cetakannya. Yang ini dicetak 1400dpi dan dilamina (laminate) dengan lapisan glossy. Boleh juga dengan lamina matt. Terpulang mengikut kesesuaian.





Langkah 1


Koyakkan kertas pelindung akrilik.

Langkah 2


Ambil stiker berwarna putih dan potong besar sedikit dari ukuran akrilik.
Kemudian lekatkan stiker ini pada akrilik.



Bila sudah lekatkan, potong lebihan mengikut ukuran akrilik.
Kemaskan.

Langkah 3


Ini adalah stiker yang telah ada potongan huruf. Lekatkan potongan huruf ini pada atas akrilik yang telah dilekatkan stiker putih tadi.


Stiker berpotongan huruf yang telah dilekatkan.

Langkah 4


Ambil inkjet stiker tadi dan lekatkan pada akrilik yang lain.



Atur stiker agar muat untuk dilekatkan pada akrilik.


Potong dan pisahkan setiap huruf agar mudah untuk kerja lanjutan nanti.

Langkah 5


Gergaji akrilik menggunakan gergaji khas mengikut bentuk huruf atau grafik.
Tengok ni, tengok bawah.. hehehe...


Okey.. puan-puan dan tuan-tuan.. nampak bagaimana caranya?
bagus....!

Langkah 6


Kelihatan semua huruf dan grafik telah dipotong dan telah diperhalusi.
Apa...?  ..Tak nampak?


Okey.. nampak dah?

Langkah 7


Kita susun dan lekatkan pada akrilik yang mula tadi. Sudah siap...
Yeeeaaah..... Siap sudah !!!


Terima kasihlah kerana sudi menolong...
Tolong tengok 7 langkah buat benda ni...
Tak dapat saya membalasnya budi baik puan-puan dan tuan-tuan..!

Apalagi... kasi tepuklah itu tangan...
Tepuk.. tepuk...tepuk...tepuk..!!!

2 comments:

  1. Ok.. tepuk! tepuk! tepuk!... terima kasih atas tunjuk ajar...

    saya kalau bab yg berurusan dgn stiker selalunya bahagia potong je... potong stiker guna mesin potong stiker yg besar gedabak tu.. seronok je. pastu bab tampal menampal tu org lain lah yg buat.. heheh. pasal potong senang je. cuma tekan enter kat keybod dia pun jalan mcm robot...

    ReplyDelete
  2. sabar jerlah.. igtkan suruh tolong apa... rupanyer suruh tolong tengok & tepuk.. tp takperlah saya tepuk gak... tepuk, tepuk, tepuk... jgn tak tepuk... feeewwwiitt, bravo bravo bravo...

    ReplyDelete