Halaman

Saturday, October 3, 2009

Akhirnya kau bersemadi.

Tengah malam tadi, jam 0030 aku terima sms dari adik aku, tertera; 'Kak Yut meninggal dunia."

Aku menekan butang dail dan menyambungkan panggilan ke rumah mak aku. Mak aku beritahu Kak Yut telah meninggal dunia lebih kurang jam 2300 tadi. KaK Yut yang berusia 51 tahun adalah sepupu aku atau anak buah kepada mak aku sebab nenek aku dan neneknya adik-beradik.

Seingat aku pada bulan Julai lepas, kami sekeluarga telah diberitahu bahawa Kak Yut telah nazak di rumahnya di Bukit Antarabangsa. Aku yang kebetulan berada di rumah mak aku bergegas ke rumahnya. Ketika sampai di rumahnya, saudara-mara yang duduk berdekatan telah tiba dan membaca surah Yassin. Hanya menunggu adik-beradiknya yang tinggal berjauhan. Sehingga ke malam keadaannya masih seperti begitu, kaku tidak bergerak.

Keesokkan harinya Kak Yut beransur pulih. Sudah boleh kembali bercakap dan bergerak malah meminta mak aku supaya membuatkannya kek 'rainbow' kegemarannya. Kak Yut bergelut dengan barah payudara hampir 10 tahun dan telah membuat pembedahan membuang payudaranya 7 tahun yang lalu.

Mengikut cerita Kak Adi, kakaknya yang sulung, pagi tadi, semenjak itu (pulih dari nazak)Kak Yut telah membuat persiapan kematiannya sendiri dari kain kapan sehinggalah membuat permintaan lot kubur di tanah perkuburan Ampang.

Pada minggu lepas kami diberitahu bahawa Kak Yut sudah tiga hari dimasukkan wad hospital, kemudian atas nasihat doktor disarankan agar membawa pulang Kak Yut ke rumah kerana tiada apa lagi yang boleh dirawat. Segalanya telah musnah dimamah sel barah.

Al-fatihah buat saudaraku...

3 comments:

  1. salam,
    al-fatihah jua buat kak yut. setiap kejadian ada hikmah yang tak terlihat dek mata kasar kita....

    ReplyDelete
  2. salam,
    al-fatihah juga buat kak yut,
    yang bernyawa maut,
    hikmah sentiasa disebut,
    rahmat melaut.

    ReplyDelete
  3. salam
    Moga Kak Yut ditempatkan brsama kekasihNya di sana... Al fatihah

    kematin itu sebaik2 peringatan...

    ReplyDelete