Halaman

Thursday, September 3, 2009

Di antara mereka.

Awal Ramadhan, aku melihat Syamsul Ghau-Ghau buat liputan untuk rancangan Syamsul di Bazaar Ramadhan. Tetamu yang diiringi ialah pasangan suami isteri Fauzi dan Lisda serta anak kecil mereka. Mungkin baru 5-6 gerai rombongan ini menyinggah di gerai-gerai yang ada di Param Setiawangsa, hujan turun mencurah-curah.

Menjerit berteriaklah para peniaga yang berhampiran mengusik si pengacara dan tidak kurang juga berasa kasihan kepada anak kecil yang didukung Lisda. Aku pun tidak tahu di mana mereka singgah berteduh. Tapi si jurukamera masih leka membuat penggambaran di gerai tahu sumbat dan kuih udang Nogori berhadapan gerai aku.

Lama juga hujan, tidak menunjukkan tanda untuk teduh. Perasan juga aku, Syamsul berlari anak bersama krew kerja tanda penggambaran mungkin selesai atau dibatalkan. Berjinjit jugaklah beberapa bungkusan makanan di tangan kanan Syamsul, sempat...

Tak nampak pula aku kelibat pasangan tadi.

Semalam, aku lihat Chef Wan bersama seorang sahabat meronda. Tika itu masih terlalu awal, jam 1600. Masih banyak gerai yang masih dalam proses penyediaan makanan. Ramai juga peniaga yang menegur dan berteriak nama Chef Wan kita. Beliau hanya mampu tersenyum seolah-olah tidak mahu mengangkat dirinya sebagai selebriti. Sempoi sahaja Chef Wan kita...

Usha resepi ke Chef Wan?

Petang tadi antara jam 1700 dan 1730, manusia semakin ramai berpusu-pusu melepasi gerai-gerai. Suasana yang sedikit redup kerana baru lepas hujan mula menjadi bingit dengan teriakan-teriakan para peniaga mempromosi barang jualan. Di celah-celah ramai manusia itu, aku perasan pasangan romantik, Que Haidar dan Linda Jasmine. Linda yang berbadan dua masih anggun dalam pakaian santainya. Que sempoi dengan seluar pendek bermuda dan t-shirt.

Mungkin mereka tahu apa yang mereka mahukan di situ. Mereka hanya berjalan tanpa menoleh kiri kanan melihat gerai-gerai jualan sambil mulut mereka kelihatan rancak berbual antara satu sama lain. Mungkin sedang bertanya antara satu lain juadah apa yang patut dibeli sahaja dan terus pulang. Mereka biasa agaknya dengan juadah yang sering dibeli dari situ hingga tidak kelihatan tercanggak-canggak mencari juadah untuk berbuka nanti.

Bila selebriti begini ada di kalangan kita, kita pun tidak tahu apa tindakan yang perlu mereka buat. Apa laku yang perlu dijaga atau perlukah mereka terus melemparkan senyuman pada semua orang? Atau mereka sendiri yang menegur orang ramai, menghulur salam? Jika mereka yang mula menegur, orang kata lain pula. Andai orang yang menegur mereka, khuatir dikatakan kita mengganggu waktu peribadi mereka. Susah juga, serba tak kena pula.

Sehingga sekarang, aku sering juga terserempak dengan selebriti di tempat-tempat awam dan di luar waktu kerja mereka. Seingat aku, hanya pelakon Os sahaja yang aku tegur semasa aku membuat kerja di Terminal Putra beberapa bulan lepas. Manakala yang lain, aku hanya berselisih atau melihat sahaja dari jauh. Setakat ini, mereka juga elok laku perangainya walau mereka punya nama besar dalam industri seni.

Tapi bila membandingkan segelintir mereka yang punya reputasi buruk ketika di tempat awam, malah yang tercemar namanya dalam dunia internet, aku tidak tahu apa tujuan mereka sanggup melakukan begitu. Paling-paling, mereka menyalahkan pihak lain yang memburukkan nama mereka, sedangkan maruah, muka dan tubuh mereka sudah berdagang jauh dalam internet. Tak malukah ibubapa mereka mahupun diri mereka sendiri? Apa yang membuatkan yang mereka tidak boleh berfikir jauh dan menjaga tingkah laku? Mengapa pula ada segelintir mereka yang boleh beradab di tempat awam?

Aku memang tak kisahlah kalau mereka hendak buat apa pun. Kata 'american'.. tapi orang Amerika, tatasusilanya berbeza dengan agama Islam. Agama Kristian pun tidak menyukai maksiat, mereka keliru dengan agama dan budaya, seolah bersatu. Sedangkan kita, agama dan budaya adalah berbeza dan punya garisannya tapi bergerak selari. Ada halal dan haramnya, asasnya pun semua orang tahu. Arak, zina dan judi itu haram. Tujuh dosa besar pun hampir semua umat Islam yang Melayu pun tahu. Isu aurat jangan sentuhlah. Adakah atas alasan kemerdekaan, bebas, dan mereka juga sengaja hendak menggelirukan minda mereka sendiri atau mereka ini memang buta kayu.

Aku lebih bangga jika mereka ini 'low profile' di tempat awam, berbakat besar dan bertanggungjawab dalam industri seni. Walau mereka ini tidaklah galak hendak menegur atau minta disapa, tapi seolah aku boleh rasakan yang mereka ini masih menghormati orang di sekeliling mereka. Daripada mereka yang hipokrit di depan awam. Terasa 'keplastikkan' tingkah laku mereka. Adakah sebenarnya mereka ini faham dengan istilah 'artis' itu sendiri?

3 comments:

  1. aramak! dah tulis tadi...tapi hilang... alaaaaa

    mengenai en3 maksu tu, memang sindiran utk wanita yang berhias utk suami katanya, tapi bukan ketika di rumah, sebaliknya utk keluar bekerja or menghadiri function. hhhmm, suka hatilah, mungkin ada yg faham mungkin tak.

    mengenai artis tu, maksu rasa akan tgk jer dari jauh kot, seganler nak tegur or senyum2, if they terpandang and smile at me, maksu balas ler gaks, tentu seronot rasanya dpt senyuman dari selebriti

    ReplyDelete
  2. saya masa dulu time dok kl area taman tun dekat seri pentas tu, memang kerap sgt jumpa artis2 ni... tapi saya kagum dgn sorang je... Amy mastura. masa tu tgh bawak anak kecik, tapi dia punya layan peminat-peminat dia dgn ketawa dgn sembang bual... memang besh lah dia tu... artis2 lian ni nampak mcm kerek sikit walaupun taklah sombng sgt sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. -->mak su,
    kdg itulah alasan wanita bila berhias kluar umah. lbh2 lg yg berbelanja duit sndiri. kdg hati suami yg terasa pun istri x prasan. suami mmglah nak istri yg anggun tp biarlah berpada n sdrhana. asal sedap mata memandang. ttg aurat tu lum d sentuh lg.. adakalanya payah gak, bertudung tapi bersuar jeans, ber t-shirt sendat...

    -->chimera,
    sya pun suka gak tgk gaya amy mastura. sempoi jer.. kenalak dia berlakon watak komedi..

    ReplyDelete